Penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Pusat Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri atas segala khidmat bakti, komitmen dan sumbangan sepanjang menjalankan amanah sebagai Timbalan Pengarah (Polisi & Jaringan Strategik), Pusat Strategi UKM sehingga 13 November 2026.

Segala jasa, dedikasi dan sumbangan yang dicurahkan amat dihargai serta menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh kecemerlangan dan kemajuan universiti.

Semoga terus maju jaya dan dikurniakan kejayaan dalam setiap langkah serta amanah yang mendatang.

Setulus penghargaan dan terima kasih daripada Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan serta seluruh warga Pusat Strategi UKM.

Similar Posts