Bicara Persada – Trump dan Dunia: Implikasi Terhadap Malaysia
Adakah negara kita bersedia untuk menghadapi cabaran baru ini, atau adakah kita terdedah kepada risiko yang lebih besar? Sektor-sektor manakah yang paling terkesan, dan apakah peluang yang boleh dimanfaatkan? Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan Malaysia dapat menguruskan kesan dasar-dasar ini dengan berkesan?
Jom bersama kami membincang dan menganalisis perkara ini dalam Bicara Persada yang dianjurkan oleh MINDA UKM dengan kerjasama Institute of Malaysian & International Studies – IKMAS UKM dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM pada 12 Februari 2025 (Rabu) jam 9.30 pagi di Dewan Kuliah 1, Aras 1, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM, Bangi. Turut bersiaran langsung di laman Facebook rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM.
Jumpa anda di sana !

