Sesi Town Hall Naib Canselor Bersama Pensyarah Muda UKM 2025

Pusat Strategi (Strategi UKM) telah menganjurkan Sesi Town Hall Naib Canselor bersama pensyarah muda universiti. YBhg. Prof. Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor UKM menjadikan platform strategik ini untuk mendengar suara generasi akademik baharu serta memperkukuh hubungan dua hala antara pengurusan tertinggi dan warga akademia muda.

Program yang berlangsung di Dewan Sutera, Kolej Ibu Zain memberi peluang kepada pensyarah muda untuk berinteraksi secara langsung bersama Naib Canselor, berkongsi pandangan, mengemukakan idea, serta membincangkan isu berkaitan kerjaya akademik, pembangunan profesional, dan hala tuju universiti.

Dalam sesi tersebut, Naib Canselor menegaskan komitmen universiti untuk terus menyokong pembangunan akademia muda termasuk peningkatan peluang latihan, penyelidikan, mentoring, pembangunan kepimpinan, serta ekosistem sokongan yang kondusif bagi melahirkan cendekiawan berkualiti tinggi.

Sesi turut melibatkan sesi soal jawab yang berlangsung secara interaktif, membolehkan peserta melontarkan pandangan serta isu berkaitan kelestarian kerjaya akademik, beban tugas, sokongan penyelidikan, kesejahteraan warga universiti dan transformasi pendidikan tinggi.

Penganjuran sesi ini merupakan komitmen UKM untuk terus mendengar suara akar umbi, merapatkan komunikasi antara pengurusan dan warga akademik muda, serta memperkukuh budaya keterbukaan, kolaborasi dan kecemerlangan berterusan.

Hadir sama adalah Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal, Menjalankan fungsi TNC Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, Menjalankan fungsi TNC Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Pendaftar UKM dan pegawai kanan universiti.

Similar Posts