Bengkel Perancangan Anugerah Bitara UKM 2024

Pusat Strategi UKM telah menganjurkan Bengkel Perancangan Anugerah Bitara UKM 2024 yang berlangsung di Dorsett Putrajaya pada 18 November 2023.

Ucapan aluan disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi & Pembangunan Korporat). Bengkel ini adalah bertujuan untuk membuat perancangan bagi memantapkan Anugerah Bitara UKM tahun 2024.

Bengkel ini juga dihadiri oleh 33 orang peserta terdiri daripada urus setia anugerah dan wakil-wakil dari JK Keterampilan Jiwa Watan, Persatuan Setiausaha UKM (PSUKM), Persatuan Penolong Pegawai Tadbir (PERPENTA), Kesatuan Kakitangan Am (KESUKMA) dan Persatuan Pembantu Tadbir & Pembantu Operasi (PTPO) untuk memberi input mengenai penyertaan dan kesesuaian Anugerah Bitara UKM dalam kalangan Staf Pelaksana.

Pusat Strategi UKM selaku urus setia mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir.

Similar Posts