Jualan Barangan Kitar Semula Sempena HIPS 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Strategi UKM akan mengadakan Jualan Barangan Kitar Semula sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan kesedaran kelestarian dan pengurusan sisa dalam kalangan warga UKM.
Program ini diadakan bersempena Hari Informasi Pusat Strategi UKM (HIPS) yang akan berlangsung pada 17 Disember 2025 (Rabu) bertempat di Persada Canselori, Bangunan Canselori, dari 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Warga UKM digalakkan untuk membawa barangan kitar semula masing-masing dan mengasingkan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Jom buat duit. Barangan yang dibawa akan ditimbang mengikut harga yang ditetapkan oleh pihak kerjasama. Program ini dijalankan dengan kerjasama E-Idaman.
Sebarang pertanyaan berkaitan program boleh menghubungi Cik Jamilah Mohamed di talian 03-8921 5633 atau Puan Rasyidah Mohamed di talian 03-8921 3885.


