Dirgahayu Tuanku
Dengan penuh rasa hormat dan takzim, Pusat Straregi UKM merafak sembah dan menjunjung kasih serta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat menyambut Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 2 Jun 2025 bersamaan 5 Zulhijjah 1446H.
Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala melimpahkan rahmat, keafiatan dan keberkatan kepada Seri Paduka Baginda serta Raja Permaisuri Agong, dikurniakan umur yang panjang, dipayungi inayah dan perlindungan-Nya dalam memerintah negara dengan adil dan saksama.

