Mesyuarat Jawatankuasa Ranking UKM 2025

Mesyuarat Jawatankuasa Ranking UKM Bil. 2/2025 telah berlangsung pada 10 Disember 2025 (Rabu) di Bilik Mesyuarat Bitara, Fakulti Pengajian Islam, dan dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa).

Dalam sesi tersebut, beliau merakamkan penghargaan kepada Pusat Strategi di bawah bimbingan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro-Naib Canselor (Strategi & Kewatanan), atas komitmen dan usaha berterusan dalam kejayaan penarafan UKM sepanjang tahun 2025, serta kepada semua Fakulti, Institut dan Pusat Perkhidmatan yang turut menyumbang.

Sesi pembentangan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, turut mengetengahkan pencapaian UKM dalam pelbagai penarafan antarabangsa serta pelan tindakan bagi terus memperkukuh kedudukan UKM di peringkat global.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh para Dekan Fakulti, Pengarah Institut, Pengarah Pusat Perkhidmatan, Timbalan Pengarah Eksekutif Pusat Strategi serta wakil Pusat Strategi.

UKM kekal komited memperkukuh reputasi dan kecemerlangan di persada antarabangsa untuk tahun 2026.

Similar Posts