Selamat Menyambut Hari Kusta Sedunia
Hari Kusta Sedunia pada 26 Januari 2026 merupakan satu usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap Penyakit Kusta. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Mycobacterium leprae yang boleh menyerang kulit, saraf tangan dan kaki, serta organ lain seperti mata dan hidung. Diagnosis awal dan rawatan yang sempurna amat penting kerana ia bukan sahaja membantu pesakit menjalani kehidupan yang lebih baik, malah berupaya mencegah penularan penyakit ini.
Marilah kita bersama-sama menyebarkan kesedaran, menghapuskan stigma dan menunjukkan sokongan kepada mereka yang terkesan.
Ikhlas daripada Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan serta Seluruh Warga Pusat Strategi UKM


