The Global Energy Prize 2026

Sukacita dimaklumkan pencalonan The Global Energy Prize 2026 telah dibuka. Penganugerahan ini mengiktiraf kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan saintifik serta teknikal dalam bidang tenaga. Global Energy Prize juga menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa dan penglibatan entiti awam serta swasta dalam usaha melaksanakan keselamatan tenaga dan pemuliharaan tenaga secara global.

Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM sebagai sekretariat anugerah di UKM dengan sukacitanya mempelawa dan mengalu-alukan warga akademik UKM yang layak untuk menghantar pencalonan seperti di pautan berikut:

https://www.ukm.my/…/anug…/the-global-energy-prize-2026

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Timbalan Pengarah Eksekutif (Kecemerlangan & Kebitaraan) di talian 03 8921 3885 atau melalui e-mel tpestrategi2@ukm.edu.my.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon.

Similar Posts