Pra-Hebahan Anugerah Bitara UKM 2025 (Penilaian 2024)
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
PRA HEBAHAN ANUGERAH BITARA UKM 2025 (PENILAIAN 2024)
Untuk makluman, Anugerah Bitara UKM merupakan program tahunan Universiti yang memberikan pengiktirafan kepada staf dan Pusat Tanggungjawab (PTj) dengan mengambil kira pencapaian prestasi berkualiti dalam pelbagai aspek dan bidang.
Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM selaku Sekretariat Anugerah UKM dengan sukacitanya mempelawa warga UKM untuk menghantar pencalonan bagi Anugerah Bitara UKM. Borang pencalonan akan dihebahkan setelah pencalonan dibuka tidak lama lagi. Buat masa ini syarat, kriteria dan maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Pusat Strategi UKM. Dilampirkan juga poster hebahan bersama-sama pemakluman ini.
Sekian, terima kasih.


