Bengkel Reputasi Akademik dan Reputasi Majikan

Pusat Strategi telah mengadakan Bengkel Reputasi Akademik dan Reputasi Majikan pada 5 Ogos 2026 (Rabu) bertempat di Hotel Zecon, Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (HTABTAR).

Bengkel ini diadakan bertujuan membincangkan strategi dan inisiatif bagi memperkukuh prestasi universiti dalam aspek reputasi akademik, reputasi majikan serta jaringan strategik yang merupakan antara komponen penting dalam penarafan dan pengiktirafan universiti di peringkat nasional dan antarabangsa. Bengkel ini disertai seramai 104 peserta yang terdiri daripada barisan Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan dan Masyarakat, Timbalan Pengarah Institut, Penolong Dekan (Kualiti & Strategi), Ketua Jaminan Kualiti Institut dan Ketua Program Prasiswazah.

Similar Posts