PUSAT STRATEGI UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Fungsi

Fungsi Strategi-UKM adalah untuk:

1. Pelan strategik UKM

  • Menjadi wadah pemikir kepada pembangunan pelan strategik universiti
  • Merancang, mengurus dan melaksana hala tuju universiti
  • Memudah cara dan memantau pelaksanaan pelan strategik
  • Memantau pencapaian pelan strategik
  • Penyediaan laporan prestasi pelan strategik

2. Anugerah dan kecemerlangan UKM

  • Menjadi urusetia kepada anugerah kecemerlangan dalam dan luar UKM
  • Menguruskan majlis anugerah kecemerlangan peringkat UKM
  • Menghasilkan bahan mengenai anugerah kecemerlangan UKM

3. Penarafan Universiti

  • Merancang dan merangka pelan tindakan untuk meningkatkan penarafan universiti
  • Membuat jaringan strategik dengan badan penarafan dan pihak berkepentingan
  • Urusetia kepada Penarafan universiti dalam dan luar Negara
  • Menyelaras dan menganalisis data untuk keperluan penarafan universiti
  • Membuat simulasi data strategik penarafan
  • Menghasilkan bahan mengenai penarafan universiti

4. Pengurusan Data Strategik Universiti

  • Merancang, merangka dan mengurus sistem pengurusan data strategik universiti
  • Menganalisis dan membuat simulasi terhadap data-data strategik universiti

5. Kelestarian

  • Merancang agenda dan langkah-langkah pembudayaan serta memantau tahap pengalaman konsep pembangunan lestari dan kelestarian