Jabatan Surgeri Fakulti Perubatan

UNIT NEUROSURGERI

FUNGSI UNIT

  1. Memberi perkhidmatan klinikal dan jagarawatan kepada pesakit yang memerlukan rawatan pembedahan khusus pada otak dan sistem saraf tunjang (neurosurgeri) serta rawatan pembedahan secara intervensi untuk merawat kesakitan saraf yang kronik.
  2. Memberi pengajaran dan pembelajaran (akademik) bidang pembedahan khusus kepada pelajar pascasiswazah Doktor Pakar Neurosurgeri (dalam proses) dan Surgeri Am.
  3. Menjalankan kajian penyelidikan dan menghasilkan penerbitan berkualiti tinggi dan berinovatif dalam bidang pembedahan am dan khusus dalam bidang neurosurgeri.
  4. Menjadi pusat rujukan dan latihan kepakaran dalam bidang klinikal, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang neurosurgeri.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Menjalankan perkhidmatan perundingan klinikal (rujukan luar dan dalam HCTM) di:
    • Klinik neurosurgeri (2 kali seminggu)
    • Klinik perkhidmatan sakit kronik (2 kali sebulan)
    • Klinik pakar
    • Pusat Pakar Gamma Knife 
    • Merawat pesakit di wad neurosurgeri (28 katil) dan wad khas.
    • Sesi pembedahan di dewan bedah:
      2 kali seminggu untuk elektif bius penuh
      2 kali sebulan untuk bius separa intervensi sakit kronik   
  2. Sesi pengajaran dan pembelajaran
    • Pascasiswazah Doktor Pakar Neurosurgeri (akan datang)
    • Pascasiswazah Doktor Pakar Surgeri Am
      • Sesi CME setiap hari Isnin (9:00 – 10:00 pagi)
      • Sesi Neurokonferen setiap hari Isnin (10:00 – 10:30 pagi) bersama doktor pakar radioneurologi
      • Sesi perbincangan MDT setiap hari Isnin (10:30 – 11:00 pagi) bersama doktor pakar kanser kanak-kanak dan dewasa dan lain-lain bidang kepakaran yang terlibat.
      • Pembentangan cencus bulanan, motaliti dan mobiditi ssekali sebulan pada hari Isnin.
      • Lawatan mega ke wad neurosurgeri sekali dalam sebulan pada hari Isnin (08:00 – 09:00 pagi) gabungan bersama pasukan rehab, dan lain-lain bidang kepakaran yang terlibat serta kakitangan kesihatan bersekutu termasuk jururawat terlatih, fisioterapi, pakar makanan, pakar farmasi, pegawai kebajikan sosial.
  3. Menyediakan platfom bagi penempatan latihan sangkutan pembedahan neurosurgeri
    • Feloship
    • Sangkutan klinikal pelajar pascasiswazah
      • Dari Surgeri Am (3 bulan)
      • Dari Jabatan Kecemasan (1 bulan)
  4. Aktiviti penyelidikan dan khidmat penulisan untuk penerbitan berkualiti tinggi dan berinovatif dalam bidang pembedahan khusus dalam bidang neurosurgeri.

SENARAI PENSYARAH DAN PAKAR PERUNDING BEDAH UNIT NEUROSURGERI

Bil.Senarai Nama Pensyarah dan Pakar Perunding Bedah
1.Profesor Madya Dr. Azizi Abu Bakar (KETUA UNIT)
2.Profesor Madya Dato’ Dr. Jegan Thanabalan
3.Profesor Madya Dr. Ramesh Kumar Athi Kumar
4.Profesor Madya Dr. Farizal Fadzil
5.Profesor Madya Dr. Toh Charng Jeng
6.Dato’ Mr. (Dr.) Ainul Syahrilfazli Jaafar
7.Mr. (Dr.) Sanmugarajah Paramasvaran
8.Mr. (Dr.) Kamalanathan Palaniandy
9.Dr. Soon Bee Hong

AKTIVITI UNIT NEUROSURGERI

Isnin : Sesi pengajaran dan pembelajaran Doktor Pakar – Continuos Medical Education (CME) for Trainees
: Sesi Neuroradiokonferen
: Mesyuarat Multidisiplin
: Pembentangan dan perbincangan kes-kes mobiditi dan motaliti
: Sesi lawatan besar-besaran di wad Neurosurgeri
Selasa: Sesi khidmat rundingan temujanji pesakit di Klinik Neurosurgeri
Rabu: Melakukan kes-kes pembedahan di Dewan Bedah
: Program Seminar Clinicopathological peringkat Fakulti
Khamis: Sesi khidmat rundingan temujanji pesakit di Klinik Neurosurgeri
: Sesi khidmat rundingan temujanji pesakit di Klinik Kesakitan Kronik di bawah Pusat Sakit Kronik Termaju
: Mesyuarat Unit Neurosurgeri
Jumaat: Melakukan kes-kes pembedahan di Dewan Bedah