PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM / UKM CAREER ADVANCEMENT CENTRE

 MARA_GEUKM

Pelbagai aktiviti dan program dilaksanakan oleh Career Buddies disamping Career Buddies juga mengikuti program anjuran UKM-Karier. Program-program berbentuk jaringan bersama industri dan program latihan ini dapat membantu Career Budies membentuk personaliti diri di samping meningkatkan kemahiran diri..

Antara program yang disertai Career Buddies ialah Kem Esprit dr Corp, Klinik Resume, Finishing School, Karnival Kerjaya dan pelbagai lagi.

Esprit De Corps merupakan perkataan Perancis yang membawa maksud semangat bekerjasama, semangat kekitaan ataupun semangat berpasukan. Program ini merupakan satu platform untuk melatih pelajar berkaitan cara pengurusan program kerjaya, membina hubungan akrab di antara peserta dan pihak pengurusan UKM-Karier, serta melantik mereka sebagai Career Buddies.

Pelbagai program kerjaya, termasuklah ceramah kerjaya, klinik resume & video resume, temuduga, lawatan industri dan program peningkatan kemahiran profesional akan dijalankan dan diuruskan oleh Career Buddies bersama Pusat Pembangunan Karier. Semua program kerjaya bertujuan untuk meningkatkan kesediaan pelajar ke alam pekerjaan.