Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein COVID-19 Di Malaysia

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 515 kes baharu varian dilaporkan daripada 25 November 2021 sehingga 2 Disember 2021. University Malaysia Sarawak’s Institute of Health and Community Medicine (IHCM-UNIMAS) telah mengenalpasti sebanyak 415 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2), UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM) telah mengenalpasti sebanyak 46 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2), Malaysia Genome & Vaccine Insitute (MGI) telah mengenalpasti sebanyak 44 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2), manakala Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) telah mengenalpasti 10 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 4,692 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 4,672 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 4,432 kes varian Delta;
  • 226 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sumber KKM :

Sumber Berita :

 

Artikel Berkaitan Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein Covid-19 Di Malaysia

10 September 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/covid-19-103-kes-varian-delta-dikesan-di-9-negeri/).

07 Oktober 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia/).

25 September 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/covid-19-23-kes-varian-baharu-38-kes-varian-voc/).

04 November 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-covid-19-di-malaysia-04112021/).

06 November 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-penemuan-subvarian-delta-ay-4-2-di-malaysia/).

02 Disember 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/2-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/).

18 Disember 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-2/).