Situasi dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein COVID-19 di Malaysia : Penemuan SubVarian DELTA AY.4.2  di Malaysia

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA : PENEMUAN SUBVARIAN DELTA AY.4.2  DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institute for Medical Research, Malaysia (IMR) telah mengenalpasti mengenalpasti sebanyak 44 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2) manakala UKM Medical Molecular Biology (UMBI-UKM) telah mengenalpasti sebanyak 46 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 3,782 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 3,762 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 3,522 kes varian Delta;
  • 226 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta.

KKM juga ingin mengesahkan penemuan dua (2) kes pertama COVID-19 subvarian Delta AY.4.2 di Malaysia. Untuk makluman, kes-kes ini merupakan kes import (pelajar Malaysia yang pulang dari United Kingdom) yang telah dikesan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA). Kedua-dua rakyat Malaysia ini telah sampai di KLIA pada 2 Oktober 2021 dan telah menjalani ujian RT-PCR dan didapati negatif untuk SARS-CoV-2 bagi sampel pertama. Walau bagaimanapun keputusan tersebut positif apabila diuji pada sampel kedua yang diambil pada 7 Oktober 2021 semasa dalam tempoh kuarantin. Sampel-sampel ini telah menjalani penjujukan genom penuh di UMBI-UKM dan laporan keputusan telah dikeluarkan pada 30 Oktober 2021.

Varian AY.4. adalah salah satu lineage Delta di mana pada masa ini terdapat lebih dari 75 jenis lineage berasal dari Delta.  Salah satu sublineage AY.4 adalah Varian AY.4.2 yang juga dikenali sebagai “Delta Plus”. Varian AY.4.2 ini mempunyai dua (2) mutasi tambahan pada protein spike iaitu Y145H dan A222V. Sehingga akhir Oktober 2021, variant AY.4.2 merupakan 10 peratus dari jumlah penjujukan genom penuh yang dijalankan di United Kingdom (UK). Agensi Keselamatan Kesihatan UK pada 20 Oktober 2021 telah menetapkan AY.4.2 sebagai Variant Under Investigation (VUI).

Untuk makluman, vaksin yang digunakan sekarang masih berkesan terhadap varian ini dan langkah-langkah seperti kuarantin, pengujian, dan sebagainya yang dijalankan dapat membantu mengurangkan risiko penularan varian ini di Malaysia terutama di PMA. KKM akan terus memantau dengan teliti dari semasa ke semasa bagi mengesan kewujudan subvarian Delta dalam komuniti.

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

 

Kenyataan KKM :

Sumber Berita :

 

Artikel Berkaitan Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein Covid-19 Di Malaysia

10 September 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/covid-19-103-kes-varian-delta-dikesan-di-9-negeri/).

07 Oktober 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia/).

25 September 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/covid-19-23-kes-varian-baharu-38-kes-varian-voc/).

04 November 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-covid-19-di-malaysia-04112021/).

06 November 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-penemuan-subvarian-delta-ay-4-2-di-malaysia/).

02 Disember 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/2-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/).

18 Disember 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-2/).