Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein COVID-19 Di Malaysia : COVID-19 | 103 Kes Varian Delta Dikesan Di 9 Negeri

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) telah mengenalpasti sebanyak 44 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) telah mengenalpasti sebanyak 59 kes yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,324 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,304 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,081 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 6 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Kenyataan KKM :

Sumber Berita :

 

10 September 2021 (Sumber: Buletin Utama TV3)

 

103 lagi kes COVID-19 membabitkan varian Delta dikenal pasti di sembilan negeri bagi tempoh 29 Ogos lalu sehingga hari ini.

44 kes varian membimbangkan (VOC) itu dikesan hasil kajian Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI), dan bakinya dilaporkan pusat penyelidikan dan pendidikan penyakit berjangkit tropika.

 

10 September 2021 (Sumber: Berita Harian)

 

 

Artikel Berkaitan Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein Covid-19 Di Malaysia

10 September 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/covid-19-103-kes-varian-delta-dikesan-di-9-negeri/).

07 Oktober 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia/).

25 September 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/covid-19-23-kes-varian-baharu-38-kes-varian-voc/).

04 November 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-covid-19-di-malaysia-04112021/).

06 November 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-penemuan-subvarian-delta-ay-4-2-di-malaysia/).

02 Disember 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/2-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/).

18 Disember 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-2/).