Yayasan Canselor

 The Chancellor's Foundation of UKM

Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo

 
Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Yayasan Jasa Ann Joo akan membuka permohonan biasiswa berjumlah RM12,000 setahun. Permohonan ini akan dibuka mulai 27 Februari 2023 sehingga 14 Mac 2023.
 
Sehubungan itu, kriteria yang diperlukan untuk permohonan ini adalah seperti berikut:
 
(1) Pelajar Malaysia berumur di bawah 23 tahun pada waktu permohonan.
(2) Sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di dalam bidang Kejuruteraan/ Matematik/ Perakaunan/ Sains Komputer yang berkelayakan kepada pelajar tahun 2 dan ke atas.
(3) Mahir berbahasa inggeris dan berkomunikasi
(4) Minimum CGPA 3.0
(5) Aktif dalam aktiviti kokurikulum
(6) Tidak memegang biasiswa lain
 
Bersama-sama ini dilampirkan Hebahan Poster Permohonan Biasiswa Yayasan Ann Joo serta capaian ke laman sesawang bagi permohonan biasiswa iaitu http://www.annjoo.com.my/scholarship untuk rujukan.