Journal of Contemporary Islamic Law

No eISSN: 0127-788X

2021 6(2)

15 DECEMBER 2021

Analisis Perubahan Konsep Kontrak dalam Prosedur Pelaksanaan Produk ar-Rahnu Dan Kesannya

Analysis Changes of Contract Concept in Implimentation of Procedure Ar-Rahnu Products and Its Impact

Aida Rasyiqah Zulkifli, p101642@siswa.ukm.edu.my
Postgraduate Student, Research Centre for Sharia, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zamzuri Zakaria, zamz@ukm.edu.my
Research Centre for Sharia, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Received: 14 September 2021 | Accepted: 02 November 2021 | Published: 15 December 2021

2021, Vol. 6(2), pp. 137-145.  |  PDF

Penawaran produk Ar-Rahnu berasaskan konsep tawarruq diperkenalkan bagi mengganti konsep qard yang diputuskan tidak patuh syarak oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia kerana ada isu qard jarra naf’an dan bai’ wa salaf pada amalan caj upah simpanan. Sejauhmana perubahan ini berlaku dan apakah kesan kepada prosedur pelaksanaan produk? Kajian akan menganalisis perubahan konsep kontrak terhadap prosedur pelaksanaan produk ar-Rahnu dan seterusnya mengkaji kesan perubahan tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan dan temu bual separa struktur. Analisis dibuat berdasarkan empat elemen dalam prosedur pelaksanaan produk iaitu elemen ujian ketulenan dan jenis, elemen kontrak perjanjian, elemen notis peringatan dan elemen perundangan dan takaful. Hasil kajian mendapati bahawa perubahan konsep kontrak dalam produk Ar-Rahnu sememangnya memberi perubahan yang ketara pada elemen kontrak perjanjian kerana berlaku urusniaga jualan komoditi dalam transaksi Ar-Rahnu dan berlaku pertambahan terhadap pihak yang berkontrak. Seterusnya, tiada perubahan yang berlaku pada elemen ujian ketulenan dan jenis serta perundangan dan takaful. Selanjutnya, terdapat perubahan pada elemen notis peringatan dari aspek kaedah tebusan di ar-Rahnu AgroBank sahaja kerana barang yang ingin ditebus akan dinilai semula mengikut harga emas semasa. Perubahan tersebut telah memberi kesan terhadap prosedur pelaksanaan produk dari aspek prosedur pelaksanaan bertambah kerana berlaku transaksi urusniaga jualan komoditi, berlaku penambahan dokumen perjanjian kepada 2 iaitu kontrak murabahah dan wakalah, jumlah bayaran upah simpan berubah selepas enam bulan berikutnya, pihak yang berkontrak bertambah kerana adanya pihak ketiga dan tempoh menunggu menjadi lama jika terdapat masalah gangguan teknikal dengan sistem bursa. Akhir sekali, kajian mendapati bahawa perubahan konsep kontrak telah memberi kesan yang positif dari sudut konsep syariah dan struktur produk kerana terdapat urusniaga jualan komoditi dan transaksi dapat dilaksanakan tanpa ada unsur gharar.

Kata kunci: Tawarruq dalam Ar-Rahnu, Qard dalam Ar-Rahnu, Prosedur Ar-Rahnu

The offering of Ar-Rahnu products based on the concept of tawarruq was introduced to replace the concept of qard as the former has been decided not to comply with syarak by the Shariah Advisory Council of Bank Negara Malaysia due to the issue of qard jarra naf’an and bai ‘wa salaf on the practice of safe keeping charge. How far do these changes and what affect of product procedures? This research will analyse the changes in the concept of contract in Ar-Rahnu products and affect of such changes. This research used a qualitative method with a content analysis approach and semi -structured interview. The analysis was made based on four elements in the product implementation procedure, namely the authenticity test and type element, agreement contract element, reminder notice element and legal and takaful element. The results showed that the change of contract concept in Ar-Rahnu products did give a significant change to the contract element of the agreement because there was a commodity sale transaction in ar-Rahnu and there was an increase in contracting parties. Further, there were no changes in element of authenticity test and type as well as legislation and takaful. Furthermore, there is a change in the element of the reminder notice from the aspect of ransom method in ar-Rahnu AgroBank only as the mortagage to be redeemed will be re-evaluated according to the current gold price. The changes have an impact in terms of increased implementation procedures due to commodity sales transaction, additional of agreement documents to 2 namely murabahah and wakalah contract, the amount of safe keeping fee changed after six months, increased contracting parties due additional third parties and waiting period becomes long if there is a technical problem with the system. Finally, the study found that the change in the concept of contract has a positive effect in terms of shariah concept and product structure because there are commodity sales transactions and it’s transactions can be executed without any element of gharar.

Keywords: Tawarruq in Ar-Rahnu, Qard in Ar-Rahnu, Procedure of Ar-Rahnu

Al Quran. Tafsir Pimpinan ar-Rahman. (2013). Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.

Ab. Mumin Ab. Ghani. (1999). Sistem kewangan Islam dan pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Ab Sofi Mustaffa. (2021). Temu bual implikasi perubahan konsep kontrak dalam produk ar-Rahnu. Ar-Rahnu AgroBank, Kuala Terengganu. Temu bual, 13 Oktober 2021.

Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI). (2010). Shari’a Standards for Islamic Financial Institutions.Bahrain: AAOIFI.

Agrobank. (2020). Terma dan syarat pembiayaan Ar-Rahnu. https://www.agrobank.com.my/wp- content/uploads/2019/07/LEMBARAN-MAKLUMAT-PRODUK.pdf.

Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad (PKB). (2021). Pengenalan produk ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad. http://www.pkb.net.my/pengenalan. Diakses pada 17 July 2021.

Ar-Rahnu Yayasan pembangunan ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). (2021). produk Ar-Rahnu YaPEIM. https://www.arrahnuyapeim.net/produk. Diakses pada 1 July 2021.

Ar-Rahnu Co-op Bank Pertama. (2021). Lembaran Penzahiran Produk (Ar-Rahnu). https://www.cbp.com.my/produk/ar-rahnu2.html .Akses pada 28 July 2021.

Azmi. (2021). Temu bual implikasi perubahan konsep kontrak dalam produk ar-Rahnu. Permodalan Kelantan Berhad, Kelantan. Temu bual, 4 Oktober 2021.

Bank Negara Malaysia. (2019). Shariah Advisory Council of Bank Negara Malaysia (SAC) Ruling on Ar-Rahnu Product Proposal based on Tawarruq. [Online] available from: https://www.bnm.gov.my/documents/20124/914558/01_SAC198_Draft+SAC+Statem ent_Rahnu_en.pdf. Akses pada 6 July 2021.

Hisyam Khairie. (2021). Temu bual implikasi perubahan konsep kontrak dalam produk ar-Rahnu. Permodalan Kelantan Berhad, Kelantan. Temu bual, 4 Oktober 2021.

Ibn Manzur. (1990)..Lisan al-‘Arab. Beirut; Dar al-Fikr. Jil 10: 374-375.

Mesyuarat Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia Ke-194 dan Ke-195. (2019). Pematuhan Produk Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) Terhadap Dokumen Polisi Rahn https://www.bnm.gov.my/documents/20124/1085561/SAC+194th+%26+195th+Meet ing+Statement+%28BM%29.pdf . Akses pada 6 July 2021.

Mohd Farhan Ahmad & Mohd Adib Ismail. (2011). Pendekatan Baru Pembiayaan Peribadi Satu Cadangan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) VI Jilid 2: 178-183.

Nik Abdul Rahim bin Nik Abdul Ghani & Azlin Alisa Ahmad. (2018). Analisis Syariah Terhadap Caj Upah dalam Skim Pembiayaan Mikro Berasaskan al- Rahnu. Prosiding International Conference on Law and Islamic Jurisprudence (ICIJ 2018).

Norazlin Mokhtar. (2021). Temu bual implikasi perubahan konsep kontrak dalam produk ar-Rahnu. Koperasi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Kuala Lumpur. Temu bual, 5 november 2021.

Nur Hidayah Awang. (2021). Temu bual implikasi perubahan konsep kontrak dalam produk ar-Rahnu. Ar-Rahnu AgroBank, Kuala Terengganu. Temu bual, 13 Oktober 2021.

Nur Zikri. (2021). Sejauhmana perubahan konsep kontrak dalam produk ar-Rahnu. Kajian Rintis Pengkaji keatas pekerja ar-Rahnu Tekun Cawangan Tanah Merah Kelantan.

Othman Lebar. (2018). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori Dan Metode. Edisi ke-2. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Perak.

Raimi Husin. (2015). Pelaburan EmasMelalui Skim Ar-RahnuMenurutPerspektif Islam. Tesis Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosliza Abd Latif. (2014). Kemampuan Skim Ar-Rahnu Sebagai Alternatif Kepada Pajak Gadai Konvensional Dan Ceti Haram. Kajian Tesis Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shamsiah Mohamad, & Safinar Salleh. (2008). Upah Simpan Barang Dalam Skim Ar-Rahnu: Satu Penilaian Semula. Jurnal Fiqh, 5, 47-65.

Suharne Zainudin. (2020). YaPEIM Perkenal At-Tawarruq. Sinar Harian Online. https://www.sinarharian.com.my/article/69717/BISNES/Yapeim-perkenal-At- Tawarruq.

Wahbah Al-Zuhaili. (1984). al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Juz. 5. Edisi ke-2. Dimashq: Darul Fikri.

Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (2015). Al-Fiqh al-Manhaji Muamalat & Kewangan Islam dalam Fiqh al-Syafi’i. Darul Syakir Enterprise. Selangor.