Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

 Insan Jauhari Budi Berbakti

Study at PPBKKM

UKMSelamat datang ke Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Terima kasih atas minat anda untuk mengikuti pengajian di pusat kami. Di UKM, kami merupakan pusat pengajian yang mengintegrasikan tiga bidang pengajian Melayu yang utama, yang terdiri daripada bidang kajian bahasa Melayu, kesusasteraan Melayu dan kebudayaan Melayu. Kami menawarkan tiga peringkat pengajian iaitu peringkat sarjana muda, sarjana sastera dan sarjana falsafah serta doktor falsafah.

Kami menawarkan peringkat pengajian seperti yang berikut:

IJAZAH SARJANA MUDA/BACHELOR OF ARTS

Ijazah Sarjana Muda Kajian Bahasa Melayu
Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Persembahan Seni (ditangguhkan)

IJAZAH SARJANA/MASTER OF ARTS

Ijazah Sarjana Sastera Kajian Bahasa Melayu
Ijazah Sarjana Sastera Kesusasteraan Melayu
Ijazah Sarjana Sastera Pengurusan Persembahan Seni

IJAZAH SARJANA FALSAFAH/MASTER OF PHILOSOPHY

Ijazah Sarjana Falsafah Kajian Bahasa Melayu
Ijazah Sarjana Falsafah Kesusasteraan Melayu
Ijazah Sarjana Falsafah Pengurusan Persembahan Seni

IJAZAH DOKTOR FALSAFAH/DOCTOR OF PHILOSOPHY

Ijazah Doktor Falsafah Kajian Bahasa Melayu
Ijazah Doktor Falsafah Kesusasteraan Melayu
Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Persembahan Seni

Untuk maklumat lanjut tentang program pengajian dan kursus-kursus yang kami tawarkan, silalah ke halaman Siswazah kami.