Program Persuratan Melayu
PROGRAM PERSURATAN MELAYU
Program Persuratan Melayu menawarkan disiplin kesusasteraan Melayu asas iaitu kesusasteraan Melayu moden dan kesusasteraan Melayu tradisional, program ini juga menerapkan pelbagai ilmu kemahiran yang selari dengan tuntutan pembangunan intelektual, kreativiti dan sahsiah seperti kemahiran pengurusan seminar, kritikan sastera, penyelidikan dan penulisan ilmiah. Ilmu kemahiran ini diampuhkan dengan sokongan ilmu yang bersifat aplikasi yang merangkumi pelbagai genre seperti puisi, prosa dan drama. Pecahan genre ini lebih mengkhusus dalam beberapa wadah lisan dan teks seperti sastera rakyat dan kajian manuskrip. Disiplin kesusasteraan Melayu ini juga merentas geografi dalam konteks kesusasteraan Asia Tenggara dan kesusasteraan dunia; serta antara disiplin seperti undang-undang, sejarah dan agama khususnya Islam. Tempoh pengajian di peringkat prasiswazah adalah 3 tahun. Kursus-kursus di peringkat prasiswazah yang ditawarkan oleh Program Persuratan Melayu adalah seperti di bawah.
Tahun 1
SKMP1043 | Pengantar Pengajian Melayu |
SKMM1023 | Sastera Rakyat |
SKMM1063 | Pengantar Persuratan Melayu |
SKMM1033 | Teori dan Kritikan Sastera |
SKMM1043 | Cerpen Melayu |
SKMM1053 | Puisi Melayu |
Tahun 2
SKMP2024 | Pengantar Pengajian Melayu |
SKMM2043 | Sastera Hikayat |
SKMM2083 | Penulisan Kreatif |
SKMM2093 | Novel Melayu |
SKMM2053 | Kajian Manuskrip Melayu |
SKMM2073 | Drama Melayu |
SKMM2103 | Sastera Islam |
Tahun 3
SKMM3013 | Sastera Bandingan |
SKMM3023 | Sastera Popular |
SKMM3133 | Sastera Asia Tenggara |
SKMM3143 | Sastera Undang-Undang dan Ketatanegaraan |
SKMM3163 | Pengurusan Sastera |
SKMM3173 | Sastera Sejarah |
SKMM3186 | Latihan Ilmiah |
SKMM3006 | Latihan Industri |