Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

 Insan Jauhari Budi Berbakti

Event List

Bicara Tokoh Sasterawan Negara SN Dato’ Dr. Zurinah Hassan

“Merakyatkan Bahasa Melayu Melalui Puisi”

  • Tarikh        : 18 November 2015
  • Masa          : 9.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
  • Tempat      : 3F201FSSK
  • Anjuran     : Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, UKM.

Semua dijemput hadir.

Bicara Tokoh Sasterawan Negara

 

Tahniah – Juara Sayembara Deklamasi Puisi Peringkat Universiti Awam 2015 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015

Tahniah diucapkan kepada Mohd Safwan Yusof pelajar Sarjana Persuratan Melayu kerana menjuarai Sayembara Deklamasi Puisi Peringkat Universiti Awam Malaysia 2015 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke -58.
  • Tarikh Acara                                         : Mula: 25/08/2015 Tamat: 27/08/2015
  • Masa Acara                                          : Mula: 08:00 Pagi Tamat: 05:00 Petang
  • Tempat                                                : UTHM (Peringkat Saringan) Batu Pahat Malla (Peringkat Akhir)
  • Penganjur / Penganjur Bersama : UTHM, DBP dan GAPENA
Syabas !

Tahniah – Hadiah Sastera Penulis Muda 2014 dan Pembinaan Bakat Siswa 2014

Tahniah diucapkan kepada Mai Izyani pelajar Sarjana Persuratan Melayu dalam anugerah  Hadiah Sastera Penulis Muda 2014 dan Pembinaan Bakat Siswa 2014.

Dua kemenangan yang datang berturut-turut;

1- Hadiah Sastera Penulis Muda 2014. (Cerpen `Bila Mata Yang Berfikir`)

2- Johan Pembinaan Bakat Siswa 2014. (Cerpen `Riwayat Nafas pilihan`)
Syabas !

 

Projek  Keluarga Angkat Pelajar-Pelajar Prasiswazah dari Universiti
Rajabhat Yala, (YRU) Thailand.

Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK akan menerima 27 orang pelajar prasiswazah (23
perempuan dan 4 lelaki) dari Program Pengajian Bahasa Melayu
Universiti Rajabhat Yala, (YRU) Thailand bagi Projek Keluarga Angkat
di UKM.

Projek keluarga angkat akan berlangsung selama 5 hari iaitu dari 28
Ogos 2015(Jumaat) hingga 1 September 2015.(Selasa)  Antara objektif program
ini adalah untuk  mendedahkan pelajar kepada budaya dan alam Melayu yang
sebenar dan meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu.

 

Majlis Makan Malam Graduan PPBKKM

Program : Majlis Makan Malam Graduan PPBKKM 2014/2015 Kelab Pengajian Melayu

Tema: P. Ramlee dan Saloma

Misi : Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Objektif:

  • Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, pensyarah dan kakitangan sokongan.
  • Meraikan pelajar tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian dan bergelar graduan.
  • Memberi penghargaan atas kecemerlangan pelajar tahun akhir di bawah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK.

Perincian Program:

  • Ucapan Ketua Pengarah
  • Ucapan Perasmi
  • Gimik Perasmian
  • Persembahan

 

Hari Puisi Melayu

Program Hari Puisi Melayu ini bertemakan “Puisi Melayu Wadah Bitara Bangsa”.

Butiran program:

  • 2 Jun 2015
  • 9.00 pagi – 5.00 petang
  • Bertempat di Dataran & Foyer DK3B301 FSSK

Pengisian Program:

  • Sketsa Lebai Malang
  • Persembahan Lagu-Lagu Puisi
  • Deklamasi Puisi
  • Minda Puisi
  • Pameran

 

Bengkel Sehari Bersama Alumni

Tema: “Mahasiswa Berjaya,  Penjana Wawasan Negara ”

Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan yang jelas kepada para pelajar tahun akhir pusat pengajian ini mengenai pengalaman-pengalaman yang diperoleh dalam proses mencari pekerjaan dan perkara yang harus dilakukan dalam proses-proses tersebut. Selain itu, bengkel yang diadakan ini juga dapat memberi pendedahan kepada para mahasiswa/i dengan pelbagai ilmu sebelum menjengah dunia pekerjaan.

Objektif:

  • Membuka minda mahasiwa/i mengenai  alam pekerjaan.
  • Mendedahkan  pengalaman  daripada alumni yang sudah bekerjaya.
  • Melahirkan mahasiswa/i yang mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik semasa di alam fasa pekerjaan kelak.
  • Membina semangat yakin boleh dalam diri mahasiswa/i.
  • Melahirkan mahasiswa/i yang berilmu dan berkualiti baik dari sudut akademik dan rohaniah.
  • Membantu mahasiwa/i yang masih  dilema sama ada ingin melanjutkan pelajaran atau mencari pekerjaan.