Syabas dan tahniah kepada Nur Haidatul Atirah binti Hasnan

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Nur Haidatul Atirah binti Hasnan, pelajar Tahun 1 Program Persuratan Melayu, Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BITARA MELAYU), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan kerana telah merangkul Johan dalam pertandingan Pidato Alam Hijau anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi dan Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pautan penuh video pemenang di laman Youtube:

https://youtu.be/IOy9L5YXZaA

#BITARAMELAYU