Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

 Insan Jauhari Budi Berbakti

PROGRAM KESUSASTERAAN MELAYU

english_literature-300x225 

Program Kesusasteraan Melayu merangkumi bidang kesusasteraan Melayu tradisional dan kesusasteraan Melayu moden. Program ini menerapkan pelbagai ilmu kemahiran yang selari dengan tuntutan pembangunan intelektual, kreativiti dan sahsiah seperti kemahiran pengurusan seminar, kritikan sastera, penyelidikan dan penulisan ilmiah. Disiplin kesusasteraan Melayu ini juga merentas geografi dalam konteks kesusasteraan Asia Tenggara dan kesusasteraan dunia; serta antara disiplin seperti undang-undang, sejarah dan agama khususnya Islam. Program ini menawarkan program-program Ijazah Sarjana Sastera yang dijalankan secara kerja kursus manakala program-program Ijazah Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah dijalankan secara penyelidikan sahaja.

 

STRUKTUR KURIKULUM

SARJANA SASTERA (KESUSASTERAAN MELAYU)

Kursus Wajib (22 Unit)

SKMP6004 Metodologi Penyelidikan Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

SKMP6023 Seminar Pengajian Melayu

SKMM6013 Kesusasteraan dan Falsafah Melayu

SKMM6023 Kesusasteraan Lisan

SKMM6033 Karya Kanun Melayu

SKMM6043 Kritikan Kesusasteraan dan Penilaian Teks

SKMM6053 Seminar Kesusasteraan Bandingan

 

Tesis Sarjana (12 Unit)

SKMM601C Tesis Sarjana

 

Kursus Elektif (6 Unit)

SKMA6013 Teori dan Falsafah Seni

SKMA6043 Kritikan Seni Persembahan

SKMB6033 Seminar Psikolinguistik Bahasa Melayu

SKMB6043 Seminar Sosiolinguistik Bahasa Melayu

Jumlah Unit : 40 unit kredit

 

DOKTOR FALSAFAH (KESUSASTERAAN MELAYU)

SARJANA FALSAFAH (KESUSASTERAAN MELAYU)

Kursus Wajib (8 Unit)

SKMP6004 Metodologi Penyelidikan Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

SKMP6014 Penulisan Akademik Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

 

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi penyelaras program seperti berikut:

 

Dr. Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff

Penyelaras Program Kesusasteraan Melayu

kppersuratanfssk@ukm.edu.my