PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN, SOSIAL & PERSEKITARAN

 Center for Research in Development, Social and Environment

Developmental Science

– Developmental Science Academic at a Glance 

– Developmental Science Academic Staff

– Academic Qualiffication

PROGRAM SAINS PEMBANGUNAN

Tahun 1

SKAP1013 – Alam, Manusia dan Budaya

SKAP1053 – Prinsip Pengurusan Perniagaan

SKAD1263 – Ekonomi dan Pembangunan

SKAD1273 – Reruang dan Pembangunan

SKAD1283 – Falsafah dan Teori Pembangunan

SKAD1433 – Komuniti dan Pembangunan

 

Tahun 2

SKAP2064 – Metodologi Penyelidikan

SKAD2293 – Perakaunan dan Kewangan

SKAD2303 – Isu-Isu Pembangunan

SKAD2313 – Metodologi Penyelidikan Ilmu Pembangunan

SKAD2323 – Budaya, Politik dan Pembangunan

SKAD2333 – Demografi dan Pembangunan Modal Insan

SKAD2343 – Urbanisasi dan Pembangunan Bandar

SKAD2353 – Sistem Maklumat Pembangunan

SKAD2443 – Pembangunan Produk Pelancongan

 

Tahun 3

SKAD3006 – Latihan Industri / Kerjaya

SKAD3363 – Perancangan Bandar dan Wilayah

SKAD3373 – Pengurusan dan Penilaian Projek Pembangunan

SKAD3383 – Globalisasi dan Pembangunan Negara

SKAD3393 – Pembangunan Organisasi dan Kepimpinan

SKAD3403 – Etika, Perundangan dan Pembangunan

SKAD3413 – Advokasi dan Pembangunan Berpenglibatan

SKAD3423 – Agama, Etnisiti dan Pembangunan

SKAD3453 – Pembangunan Pelancongan dan Impak

SKAD3463 – Pembangunan Lestari dan Kualiti Hidup

SKAD3476 – Latihan Ilmiah

SKAD3493 – Gender dan Pembangunan

 

 Perincian Kursus

SKAP1053 – Prinsip Pengurusan Perniagaan

Kursus ini merangkumi prinsip-prinsip pengurusan, yakni pengurusan am, pengurusan sumber manusia, pemasaran, pengurusan pengeluaran dan operasi, dan pengurusan kewangan. Pelajar perlu memahami proses dalam memulakan sesebuah perniagaan, seperti ciri-ciri keusahawanan, teori keusahawanan dan bentuk pemilikan perniagaan. Aspek lain yang dibincangkan termasuk pemahaman mengenai persekitaran perniagaan dan menyediakan rancangan perniagaan.

This course encompasses management principles, that is, management in general, human resource management, marketing, production and operational management, and financial management. Students are required to understand the processes in setting-up a business, such as the entrepreneurial characteristics, theories of entrepreneurship, and the types of business entities. Other aspects discussed include understanding the business environment and the preparation of a business plan.

 

SKAP2064 – Metodologi Penyelidikan

Penyelidikan yang dilakukan oleh ahli sains sosial, sama ada bersifat kualitatif ataupun kuantitatif, bertujuan menghuraikan pelbagai persoalan dalam kehidupan masyarakat secara sistematik dan saintifik. Kursus ini bertujuan memperkenalkan kaedah-kaedah penyelidikan sosial dari segi teori dan praktisnya. Oleh itu kursus ini dimulakan dengan membincangkan tentang maksud penyelidikan sosial, prinsip-prinsip kemanusiaan dan sains yang mendasari penyelidikan sains sosial, dan kaitan antara penyelidikan dan teori. Perbincangan seterusnya adalah tentang elemen-elemen asas yang terlibat dalam penyelidikan (seperti cara mengemukakan permasalahan kajian, pembinaan hipotesis, penentuan konteks dan populasi kajian, penentuan pesampelan, dan cara mengoperasikan konsep). Tumpuan juga diberikan kepada teknik mengumpul data (termasuk teknik pemerhatian, survei, temubual, kajian kes), memproses, menganalisis, menginterpretasi serta mempersembahkan data, dan penulisan laporan penyelidikan. Akhir sekali isu-isu etika dalam penyelidikan juga dibincangkan.

Researches undertaken by social scientists, whether qualitative or quantitative in nature, aim to explain various aspects in society within a systematic scientific approach. This course introduces students to the theoretical and practical aspects of social research methodologies. It will discuss various aspects of research methodologies such as the meaning of social research, principles in humanity and sciences, and the  interrelationship of research with theories, basic elements in research (problem statement, hypothesis, contexts determination, research population, sampling, and operational concepts). The course will also focus on data collecting techniques (observation techniques, survey,interview and case study), data processing, analysis, interpretation, data presentation and writing research report. Lastly, issue of ethics in research will be discussed.

 

 

 

 

Translate »