PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN, SOSIAL & PERSEKITARAN

 Center for Research in Development, Social and Environment

ENVIRONMENTAL MANAGEMENT

PENGENALAN 


Program Pengurusan Persekitaran ini direka untuk memastikan pelajar menjadi profesional serta diperlukan dalam kebanyakan profesion berkaitan Pengurusan Persekitaran. Pelajar mempunyai peluang untuk meneroka pelbagai subjek meliputi Sains semulajadi, Ekonomi Alam Sekitar, Undang-undang serta Dasar Alam Sekitar. Sistem Pengurusan Persekitaran, Kawalan Pencemaran Alam Sekitar dan Keselamatan Berkaitan Kesihatan Pekerjaan. Selain itu pelajar juga mendapat pendedahan semasa kerja lapangan untuk mempertingkatkan pembelajaran selain menjalani latihan industri .

Visi Pengurusan Persekitaran

Misi Pengurusan Persekitaran

Matlamat Program Pengurusan Persekitaran

Program Pengurusan Alam Sekitar memberi fokus kepada bidang multidisiplin termasuk bidang Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial yang menyokong perlaksanaan matlamat pembangunan manpan 2030.

Siswazah

Sarjana Pengurusan Persekitaran

  • Pengurusan Persekitaran

Mod Pengajian: Penyelidikan / Kerja Kursus
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa

Cara Memohon :

  1. Calon perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui: http://www.ukm.my/join/
  2. Pengambilan untuk mod kerja kursus dan mod campuran dibuka dua kali setahun, iaitu setiap Oktober hingga November (untuk pengambilan Februari berikutnya) dan setiap April hingga Mei (untuk pengambilan bulan September).
  3. Permohonan untuk program mod penyelidikan boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun.
  4. Tempoh untuk program Sarjana memerlukan 2 hingga 4 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 4 hingga 8 semester untuk pengajian secara sambilan dan untuk program Doktor Falsafah adalah 6 hingga 12 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 8 hingga 14 semester untuk pengajian secara sambilan.