Info Yayasan Canselor
Latarbelakang
Sedia berkhidmat untuk UKM
Yayasan Canselor diwujudkan bagi menjana dan mengurus tabung kewangan daripada alumni, rakan-rakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), syarikat-syarikat swasta, yayasan-yayasan lain dan pihak awam secara efisien. Yayasan ini adalah dibawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat). |
||
VISI | ||
Menjadi penyumbang utama yang lestari kepada Universiti bagi mendokong pelbagai inisiatif pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan. |
||
MISI | ||
Yayasan Canselor beriltizam menjana dana melalui jaringan dengan penyumbang, penaja dan penderma berasaskan mekansime dan instrumen yang dinamik. | ||
MATLAMAT | ||
|
Kepakaran Kami
Pembangunan Dana Kewangan Lestari
Objektif Yayasan
Yayasan Canselor diwujudkan bagi menjana dan mengurus tabung kewangan daripada alumni, rakan-rakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pihak industri, yayasan-yayasan lain dan pihak awam secara efisien. Yayasan ini adalah dibawah portfolio Pro Naib Canselor (Penjanaan).
Bidang Operasi dan Tanggungjawab
Yayasan Canselor dipertanggungjawabkan untuk:
- Menerima sumbangan dan menjana kewangan Universiti
- Bekerjasama dengan Pusat Tanggungjawab (PTj) UKM untuk menguruskan dana sumbangan serta menjana dana mengikut keperluan