Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 telah berjaya dianjurkan di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi dengan penyertaan sekitar 100 orang sukarelawan. Program ini merupakan inisiatif bersama ALAF-UKM, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia (NRES), Maribumi Starchtec, Politeknik Port Dickson […]
UKM terus melakar sejarah gemilang apabila mencatat lonjakan membanggakan dalam QS World University Rankings 2026 — kini berada di kedudukan ke-126 dunia, berbanding 138 pada tahun sebelumnya — sekali gus menjadikan ini pencapaian terbaik sejak menyertai penarafan global tersebut pada 2005.Dengan kejayaan ini, UKM kini tergolong dalam 10% teratas universiti terbaik dunia dan mengekalkan statusa […]
Pusat Penyelidikan Langkawi UKM hari ini telah menerima kunjungan mesra delegasi Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA) yang beroperasi di Jakarta, Indonesia yang diketuai oleh Profesor Tetsuya Watanabe, President of ERIA.Naib Canselor UKM, Prof Sufian Jusoh menyambut baik lawatan ini, serta menyifatkannya sebagai peluang kolaborasi jangka panjang di antara kedua-dua organisasi. Delegasi […]
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencatat lonjakan sebanyak 215 anak tangga ke kedudukan ke-53 dunia daripada kedudukan 201–300 pada tahun sebelumnya dalam penarafan Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2025.Penarafan Impak THE menilai komitmen institusi terhadap 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui penyelidikan, pendidikan, jangkauan komuniti dan pengurusan kelestarian kampus.UKM membuktikan kecemerlangannya apabila […]
ALAF-UKM dengan Kerjasama Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC) akan menganjurkan Program KUDAH: Kutip Sampah Sambil Riadah bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025. Butiran program adalah seperti berikut: Tarikh: 21 Jun 2025 (Sabtu) Masa: 7.15 pagi Lokasi: Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi (Lokas Berkumpul: https://maps.app.goo.gl/7PPSBYB6ZdVn1QEV7)Program ini merupakan inisiatif lestari bagi memupuk […]
“Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah.” – Surah Al-Kawthar: 1-2Aidiladha mengajar kita semua erti pengorbanan yang kita lakukan sama ada besar atau kecil ianya merupakan bukti kasih dan keikhlasan kita kepada Allah serta sesama manusia.Sunnah Nabi Ibrahim A.S dalam berkorban memberi pengajaran tentang pentingnya kepedulian kita […]
Disambut setiap 5 Jun, Hari Alam Sekitar Sedunia merupakan platform utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menggerakkan kesedaran dan tindakan global demi alam sekitar.Bertemakan “Beat Plastic Pollution”, tahun ini kita diberi peringatan tentang keperluan mendesak untuk membendung pencemaran plastik yang mengancam ekosistem, kesihatan manusia dan hidupan laut. Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2025, marilah kita […]
Makmal i-CRIM, ALAF-UKM telah menerima kunjungan istimewa daripada Gabenor Wilayah Jiangsu, China Mr. Xu Kunlin dalam satu lawatan rasmi ke Makmal I-CRIM. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif diplomasi akademik dan penyelidikan antara Malaysia dan China, yang membuka ruang baharu kepada kerjasama dua hala dalam bidang sains, teknologi serta inovasi.Delegasi diiringi oleh Prof. Datuk Dr. […]
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad pada Isnin 19 Mei 2025. Kunjungan ini adalah bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama strategik yang berteraskan kepada prinsip kelestarian, pemerkasaan komuniti serta pembangunan Langkawi sebagai tapak UNESCO Global Geopark yang bernilai tinggi.Delegasi ALAF-UKM diketuai oleh Pengarah […]
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF-UKM) menerusi Pusat Penyelidikan Langkawi, Universiti Kebangsaan Malaysia menerima kunjungan rasmi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, hari ini.Kehadiran beliau disambut oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan […]





















