Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 telah berjaya dianjurkan di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi dengan penyertaan sekitar 100 orang sukarelawan. Program ini merupakan inisiatif bersama ALAF-UKM, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia (NRES), Maribumi Starchtec, Politeknik Port Dickson […]
UKM terus melakar sejarah gemilang apabila mencatat lonjakan membanggakan dalam QS World University Rankings 2026 — kini berada di kedudukan ke-126 dunia, berbanding 138 pada tahun sebelumnya — sekali gus menjadikan ini pencapaian terbaik sejak menyertai penarafan global tersebut pada 2005.Dengan kejayaan ini, UKM kini tergolong dalam 10% teratas universiti terbaik dunia dan mengekalkan statusa […]
Telah berlangsung dengan jayanya Program SULAM ASLI – Pimpin Jalinan Mesra Watan @ Chini 2025 pada 13 hingga 15 Jun 2025 bertempat di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-UKM. Program ini merupakan anjuran bersama Kumpulan Penyelidikan UKM-TR2024-047 dan Pusat Pengajian Citra Universiti dengan sokongan strategik daripada PPTC, Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) UKM, HRD Corp dan […]
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada ???? ??? ?????? ????, Penyelaras Makmal Alami dan Penyelidikan, ALAF-UKM di atas kejayaan memperoleh Projek Penyelidikan Dana Luar Antarabangsa ‘??????? ???????’? ??? ?????????-???????? ???????? ??????’ daripada The British Academy bagi kajian “?????????? ??? ???????? ???? ?????????? ????????? ????????? ??? ??????? ??? ???????? ???? ??????????: ??? ???? ?? […]
Pusat Penyelidikan Langkawi UKM hari ini telah menerima kunjungan mesra delegasi Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA) yang beroperasi di Jakarta, Indonesia yang diketuai oleh Profesor Tetsuya Watanabe, President of ERIA.Naib Canselor UKM, Prof Sufian Jusoh menyambut baik lawatan ini, serta menyifatkannya sebagai peluang kolaborasi jangka panjang di antara kedua-dua organisasi. Delegasi […]
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencatat lonjakan sebanyak 215 anak tangga ke kedudukan ke-53 dunia daripada kedudukan 201–300 pada tahun sebelumnya dalam penarafan Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2025.Penarafan Impak THE menilai komitmen institusi terhadap 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui penyelidikan, pendidikan, jangkauan komuniti dan pengurusan kelestarian kampus.UKM membuktikan kecemerlangannya apabila […]
ALAF-UKM dengan Kerjasama Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC) akan menganjurkan Program KUDAH: Kutip Sampah Sambil Riadah bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025. Butiran program adalah seperti berikut: Tarikh: 21 Jun 2025 (Sabtu) Masa: 7.15 pagi Lokasi: Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi (Lokas Berkumpul: https://maps.app.goo.gl/7PPSBYB6ZdVn1QEV7)Program ini merupakan inisiatif lestari bagi memupuk […]
Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, ALAF-UKM telah melaksanakan aktiviti penyelidikan lapangan melibatkan beberapa pelajar UKM yang memberi tumpuan kepada ekosistem tanah tinggi, termasuk penyelidikan herbarium serta dokumentasi flora dan fauna unik Bukit Fraser.Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Dr. Shamsul Khamis, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, yang turut membimbing peserta dalam teknik persampelan, pemetaan spesies tumbuhan […]
Makmal i-CRIM, ALAF-UKM telah mengadakan lawatan penanda aras ke Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia, Ipoh. Delegasi seramai 20 orang diketuai oleh Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Wan Nor Roslam Wan Isahak, Ketua Makmal i-CRIM dengan penglibatan seramai 19 orang kakitangan.Delegasi Makmal i_CRIM disambut mesra oleh ChM. Encik Mohammad […]
Lautan adalah nadi kehidupan. Dengan tema _“Wonder: Sustaining What Sustains Us”_ pada tahun ini, mengingatkan kita akan betapa pentingnya peranan lautan dalam menjaga keseimbangan ekosistem dan kelangsungan hidup manusia.Laut bukan sekadar sumber makanan dan rezeki, tetapi juga tonggak kestabilan iklim dan biodiversiti dunia. Marilah kita bersama-sama memelihara dan melindungi khazanah laut demi kelangsungan generasi akan […]





















