Bahagian Teknologi Maklumat

 Kampus Kuala Lumpur

Biro-Biro & Fungsi

Exco & Fungsi

Senarai Tugas Exco – Exco Kelab Sukan Dan Kebajikan Teknologi Maklumat

A. Exco Sukan

  • Menganjurkan segala aktiviti sukan bagi semua ahli KSKTM.
  • Mengadakan perlawanan persahabatan segala aktiviti sukan yang dirancang dengan organisasi lain.
  • Mengadakan aktiviti indoor dan outdoor seperti E-sport dalaman bagi indoor dan badminton,mendaki serta larian bagi outdoor.
  • Mengadakan aktiviti serta penganjuran berkaitan riadah dan kesihatan secara berkala.

B. Exco D’Pantry

  • Menguruskan jamuan Majlis Sambutan Aidilfitri BTMKKL.
  • Membantu persediaan Hari Keluarga serta hadiah Hari Keluarga BTMKKL.
  • Menyediakan hadiah bagi sambutan ulangtahun kelahiran dan cenderamata bagi Mesyuarat Agong KSKTM.
  • Mengadakan majlis perpisahan kakitangan atau pelajar praktikal yang menamatkan tugas.
  • Membeli barangan keperluan pantry yang kehabisan stok berdasarkan jumlah yang diterima daripada EXCO penjanaan KSKTM & Vendor.
  • Menganjurkan beberapa jamuan makan & potluckbagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan warga BTMKKL.
  • Bekerjasama dengan EXCO Protokol dan Keraian bagi menjayakan sebarang aktiviti yang melibatkan jamuan.

C. Exco Media Sosial

  • Menyediakan buletin semasa yang berkaitan aktiviti serta ahli KSKTM tidak kira di laman sesawang mahupun medium media sosial seperti di facebook dan instagram.
  • Menyelaras segala infografik yang diperlukan bagi sesebuah aktiviti dan keperluan dari masa ke semasa.
  • Membantu dalam menyediakan LIVE BROADCAST untuk sebarang acara yang dianjurkan oleh KSKTM.
  • Mengemaskini informasi KSKTM pada laman sesawang BTM dan media sosial.

D. Exco Protokol & Keraian

  • Menguruskan majlis sambutan ulangtahun kelahiran kakitangan sesi Januari – Mac, April – Jun dan sesi Julai – Disember.
  • Sedia bekerjasama dengan kakitangan BTMKKL yang ingin mengadakan jamuan secara perseorangan mahupun secara berkongsi dengan menguruskan perjalanan majlis.
  • Menyediakan cenderahati kepada ahli yang melangsungkan perkahwinan, menyambut cahaya mata pertama, kematian kakitangan  atau ahli keluarga terdekat, meningggalkan perkhidmatan dan menerima musibah atau sakit.
  • Menguruskan program majlis berbuka puasa, solat tarawih dan solat hajat.
  • Menguruskan program ilmiah, ceramah atau tazkirah.

E. Exco Penjanaan

  • Merancang segala perbelanjaan dan kemudahan yang diperlukan bagi segala aktiviti dan keperluan setiap ahli KSKTM melalui Bendari KSKTM
  • Merancang segala aktiviti yang sesuai bagi penjanaan KSKTM untuk menzahirkan segala aktiviti yang akan dirancang oleh kelab
  • Menyediakan laporan tahunan kewangan kelab (Bendahari KSKTM)
  • Mengagihkan dan merancang perbelanjaan kepada setiap biro pada setiap bulan.