Bahagian Teknologi Maklumat

 Kampus Kuala Lumpur

Kata Aluan Ketua Bahagian Teknologi Maklumat, Kampus Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera.

Bahagian Teknologi Maklumat sejak penubuhannya pada tahun 1997, telah menyediakan perkhidmatan ICT dan membangunkan aplikasi-aplikasinya sendiri. Ianya telah berkembang dengan pesat dalam menyokong tiga perkhidmatan utama iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan hospital. Banyak yang telah dicapai tetapi kami akan terus berusaha gigih untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan demi kebaikan negara dan masyarakat.

Laman web ini bertujuan untuk memberikan kepada anda sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan semua aspek perkhidmatan teknologi maklumat yang disediakan oleh jabatan kami. Adalah menjadi hasrat kami bahawa melalui ketelusan penyebaran maklumat ini, kami akan berjaya memupuk semangat kerjasama yang lebih erat serta menjalin perhubungan yang lebih rapat di antara kami dan pelanggan kami khasnya dan masyarakat umum amnya.

Kami komited untuk memberi perkhidmatan teknologi maklumat yang komprehensif, tepat, berkesan, cepat dan berkualiti pada tahap profesionalisme, konfidentialiti, integriti serta objektiviti yang tinggi. Kami akan berusaha memperbaiki prestasi kami melalui interaksi dengan anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai perkhidmatan kami, sila kemukakan kepada kami.

Saya mempelawa anda untuk melihat perkhidmatan yang ada di jabatan dengan harapan anda memperoleh apa yang diperlukan. Sekiranya memerlukan keterangan lanjut, sila berhubung dengan pegawai kami. Kami juga mengalu-alukan penglibatan pendapat atau sebarang informasi yang boleh membantu dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami. Pandangan anda amat dihargai bagi membantu memperbaiki mutu perkhidmatan kami.

Sekian, terima kasih.


KAMARIAH MD NASIR
Ketua Bahagian Teknologi MaklumatĀ 
Kampus Kuala LumpurĀ