Bahagian Teknologi Maklumat

 Kampus Kuala Lumpur

Pengenalan & Perlembagaan

Pengenalan & Perlembagaan

Kelab Sukan dan Kebajikan yang diaspirasikan oleh mantan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Prof. Madya Dr. Ahmad Taufik Bin Jamil yang telah di tubuhkan pada 9 Julai 2004. Dianggotai oleh kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat Kampus Kuala Lumpur (BTMKKL) yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Setiap kakitangan BTMKKL wajib untuk menjadi ahli KSK. Sehingga kini bilangan ahli KSK adalah seramai 70 orang yang dinaungi oleh Ketua Jabatan Teknologi Maklumat iaitu Puan Kamariah binti Md Nasir.

Keahlian dan Yuran

  1. Semua pegawai dan kakitangan di Bahagian Teknologi Maklumat adalah dengan sendirinya menjadi ahli. Keahlian ini disebut AHLI TETAP samada kepada kakitangan tetap, sementara, kontrak dan sambilan.
  2. Mana-mana ahli tetap yang ditukar ke bahagian lain akan diberi pilihan samada ingin terus menjadi ahli (yang dipanggil Ahli Bersekutu) atau berhenti terus dari menjadi ahli KSKTM.
  3. Keahlian akan tamat secara serta-merta apabila seorang ahli berhenti daripada perkhidmatan samada meletak jawatan, kematian, dibuang kerja atau bersara. Secara langsung beliau tidak akan mendapat apa-apa faedah selepas tarikh tamat keahliannya.
  4. Setiap ahli diwajibkan mencarum yuran ahli dan yuran sukan secara bulanan kepada Kelab. Setiap kategori akan diperuntukkan sebanyak RM 2 untuk yuran sukan. Kadar caruman yang ditetapkan adalah seperti berikut:-
    GRED NILAI (RM)
    48 dan ke atas 23.00
    44 dan ke atas 18.00
    41 dan ke atas 13.00
    38 dan ke atas 12.00
    32 dan ke atas 11.00
    29 dan ke atas 10.00
    22 dan ke atas 9.00
    19 dan ke atas 8.00
    01 dan ke atas 6.00
  5. Yuran ahli mestilah dibayar selewat-lewatnya 5 haribulan setiap bulan yang akan dikutip oleh wakil zon.
  6. Sebuah akaun semasa (selepas ini disebut sebagai ‘akaun’ sahaja) hendaklah dibuka dimana-mana bank yang difikirkan bersesuaian bagi mengendalikan urusan kewangan KSKTM dimana borang pengeluran wang ditandatangani oleh :-
    i) Pengerusi dan Bendahari atau Setiausaha dengan kenyataan bertulis.
    ii) Bendahari dibenarkan untuk memegang wang runcit sebanyak RM 200 sahaja.
  1. Akaun ini hendaklah dikreditkan dengan :-
    i) Kutipan yuran bulanan.sama ada malalui bayaran EFT
    ii) Sumbangan yang diterima untuk KSKTM dari orang perseorangan dan juga syarikat.
    iii) Sebarang faedah yang diperolehi dari pelaburan KSKJTM.
    iv) Lain-lain terimaan wang yang mana KSKTM mempunyai hak ke atasnya.
  1. Wang yang disimpan di dalam akaun ini boleh dikeluarkan bagi tujuan berikut :-
    i)Bantuan kebajikan.
    ii)Pendahuluan bagi tujuan menjalankan aktiviti KSKTM.
    iii)Lain-lain perbelanjaan yang perlu dikeluarkan bagi membolehkan Jawatankuasa melaksanakan fungsi dengan sempurna.
  1. Sebarang lebihan wang boleh dilaburkan di dalam mana-mana pelaburan yang berisiko rendah mengikut keputusan Jawatankuasa seperti :-
    i) Bantuan / Kebajikan
    ii) Kelahiran
    *Kelahiran pertama di BTMKKL untuk ahli dan isteri akan diberi sebanyak RM 70 dalam bentuk wang tunai sekali dalam Jabatan.

    iii) Perkahwinan
    *Ahli yang melangsungkan perkahwinan bagi kali pertama akan menerima sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM 100.

    iv) Sakit/Musibah
    *Mana-mana ahli yang ditimpa sakit/musibah dan  dimasukan ke wad minima 3 hari akan dirujuk kepada Jawatankuasa untuk menentukan jumlah sumbangan yang akan diberikan tidak melebihi dari RM 100 sekali pada tahun tersebut :-
1 hingga 2 hari =  RM 20
3 hingga 7 hari =  RM 30
7 hari ke atas   =  RM 50

v) Hari Lahir

*Hari lahir ahli tetap akan disambut 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun dan bulan Disember.

vi) Kematian

*Mana-mana ahli yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatannya adalah layak diberi sumbangan sebanyak RM100. Manakala kematian bagi keluarga terdekat (isteri/suami dan ibu/bapa) akan diberi sumbangan RM100.

vii) Cenderahati meninggalkan Perkhidmatan

*Ahli yang akan bersara, berhenti kerja dan bertukar jabatan adalah layak untuk menerima sumbangan daripada KSKJTM berupa hadiah. Belian hadiah adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan seseorang ahli berkhidmat di Jabatan Teknologi  Maklumat.

viii) Haji