Fungsi Digital KKL

  1. Bertindak sebagai penasihat dalam bidang teknologi digital kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Kampus Kuala Lumpur.
  2. Merancang, membangun dan menyediakan infrastruktur teknologi digital yang komprehensif di Kampus Kuala Lumpur.
  3. Mengurus serta melaksanakan operasi pemprosesan aplikasi pengguna mengikut keperluan dan spesifikasi yang ditetapkan.
  4. Merancang dan mengurus perolehan serta penyelenggaraan peralatan ICT di Kampus Kuala Lumpur bagi memastikan ia memenuhi keperluan pengguna serta berfungsi dengan cekap dan optimum.
  5. Merancang, membangun dan mengurus rangkaian teknologi maklumat Kampus Kuala Lumpur secara sistematik dan berkesan.
  6. Merancang dan melaksanakan program pembangunan aplikasi pengkomputeran meliputi aplikasi teras dan aplikasi korporat.
  7. Menyediakan perkhidmatan rundingan ICT kepada pengguna di Kampus Kuala Lumpur secara profesional dan berterusan.
  8. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program latihan berkaitan penggunaan perkakasan dan perisian komputer kepada pengguna.
  9. Menyediakan, mengurus dan menyelenggara perkhidmatan teknologi maklumat seperti e-mel, sidang video dan pelayan pemindahan fail bagi memastikan kelancaran operasi harian.

Dikemaskini : 2026-04-14 10:10:00