Bahagian Teknologi Maklumat

 Kampus Kuala Lumpur

Latar Belakang BTM, KKL

Bahagian Teknologi Maklumat Kampus Kuala Lumpur (BTM KKL) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Teknologi Maklumat telah diwujudkan dengan penubuhan Hospital UKM (sekarang dikenali sebagai Hospital Canselor Tuanku Muhriz) pada tahun 1997. Pelantikan Pro Naib Canselor pada 15 November 2017 sesuai dengan keputusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti telah bersetuju untuk menstruktur semula Pentadbiran Kampus Kuala Lumpur (KKL) dengan Pusat Teknologi Maklumat (pada ketika itu) secara tadbir urusnya diletakkan terus di bawah Pejabat Pro NC KKL.

Bahagian Teknologi Maklumat bukan sahaja menguruskan urusan teknologi di Kampus Cheras malah meliputi semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Universiti Kebangsaan Malaysia yang berada di Jalan Raja Muda Abdul Aziz dan Jalan Temerloh. 

Penstrukturan semula KKL telah diluluskan oleh LPU dan juga MJPU berkuatkuasa mulai 1 April 2020, terdapat perubahan besar kepada struktur KKL. Sesuai dengan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil. 8/2019 pada 7 November 2019, pihak Universiti telah bersetuju KKL dikekalkan dengan beberapa modifikasi terhadap struktur organisasinya.

Mulai 1 April 2020, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 6/2020 bertarikh 17 Mac 2020 telah bersetuju untuk struktur baharu KKL. Pusat Teknologi Maklumat di tukar kepada Bahagian Teknologi Maklumat KKL dengan masih mengekalkan peranan dan fungsi yang sama iaitu memberi khidmat kepada keseluruhan KKL.

 

Dikemaskini : 2021-06-17 10:34:22 AM