Hebahan Preventive Maintenance perkakasan ICT sesi pertama bagi tahun 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Preventive Maintenance perkakasan ICT sesi pertama bagi tahun 2021

Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Bahagian Teknologi Maklumat Kampus Kuala Lumpur akan menjalankan penyelenggaraan pencegahan (Preventive Maintenance) sesi pertama bagi tahun 2021 di jabatan YBhg Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan oleh kakitangan kontrak kami iaitu Syarikat FGV PRODATA Sdn Bhd bermula 17 Mac 2021 sehingga 30 Ogos 2021. Aktiviti ini hanya akan melibatkan peralatan di bawah kontrak sewaan syarikat iaitu:

  1. Komputer Desktop model Lenovo M725
  2. Pencetak model CANON IMAGE CLASS LBP226W

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik YBhg Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, untuk memberi kerjasama yang sewajarnya bagi kelancaran tugas kakitangan syarikat ini. Pihak kami juga ingin memohon agar hebahan ini dimaklumkan kepada kakitangan yang bertugas pada tarikh yang terlibat ini supaya berada di tempat masing-masing bagi memudahkan kakitangan syarikat ini menjalankan tugas mereka. Sebarang permasalahan boleh menghubungi talian helpdesk kami iaitu 5300/5301.

Bersama-sama ini juga dilampirkan Jadual Aktiviti Preventive Maintenance 1/2021 oleh syarikat berkenaan berserta tarikh dan lokasi sebagai rujukan dan semakan pihak YBhg Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan. Jadual ini juga boleh didapati di laman web rasmi jabatan iaitu https://www.ukm.my/btmkkl

Kerjasama daripada pihak Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Bahagian Teknologi Maklumat

Kampus Kuala Lumpur

Universiti Kebangsaan Malaysia


Muat Turun Jadual Aktiviti Preventive Maintenance 1/2021