Hebahan Sistem Permohonan Peralatan Komputer Secara Atas Talian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Hebahan Sistem Permohonan Peralatan Komputer Secara Atas Talian

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Maklumat Kampus Kuala Lumpur (BTM KKL) telah mengadakan pengujian pilot bagi “Sistem Permohonan Peralatan Komputer” bermula pada 10 Ogos 2020 (Isnin) bagi menggantikan borang manual yang digunakan sebelum ini. Permohonan ini boleh dicapai melalui pautan jtmonline.ppukm.ukm.my atau laman web rasmi BTM KKL http://www.ukm.my/btmkkl. Semua  permohonan hendaklah dibuat  melalui sistem dan sebarang permohonan  menggunakan borang manual tidak akan diterima lagi.

BTM KKL merancang untuk membuat pelaksanaan penuh pada 1 September 2020 (Selasa) di seluruh kampus Kuala Lumpur. Bersama-sama ini dilampirkan manual pengguna untuk rujukan pemohon. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pn. Aisyah Musfirah di talian 03-91455316

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

KAMPUS KUALA LUMPUR