MAKLUMAN GANGGUAN CAPAIAN TERHADAP KESELURUHAN SISTEM MAKLUMAT UNIVERSITI (SMU)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

MAKLUMAN GANGGUAN CAPAIAN
TERHADAP KESELURUHAN
SISTEM MAKLUMAT UNIVERSITI (SMU)

Izinkan saya merujuk kepada perkara seperti di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pangkalan Data, Pelayan & Storan, Pusat Teknologi Maklumat (PTM) akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pangkalan data terpusat. Tujuan penyelenggaraan ini adalah bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan yang lebih baik kepada warga UKM.

Sehubungan itu, terdapat gangguan capaian terhadap keseluruhan Sistem Maklumat Universiti (SMU) yang menggunakan pangkalan data terpusat pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh & Masa mula 30 Nov 2018 (Jumaat) 10.00 mlm
Tarikh & Masa tamat 02 Dis 2018 (Ahad) 10.00 mlm

Justeru, diharapkan pihak-pihak berkaitan dapat mengambil maklum dan tindakan sewajarnya terhadap kesan daripada kerja-kerja penyelenggaraan di atas.

PTM memohon maaf atas kesulitan yang timbul.