MAKLUMAN PERMOHONAN PEMASANGAN PERISIAN ANTIVIRUS BITDEFENDER DI KAMPUS KUALA LUMPUR CHERAS ( WORK FROM HOME)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Bahagian Teknologi Maklumat Kampus Kuala Lumpur Cheras menyediakan lesen perisian antivirus Bitdefender untuk komputer atau komputer riba milik universiti Kampus Kuala Lumpur Cheras, tertakluk juga kepada peralatan peribadi yang digunakan kakitangan universiti bagi menjalankan tugas rasmi dan menggunakan rangkaian universiti.  Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pengguna perlu menggunakan pakej installer yang dikhususkan untuk capaian dari rumah.Pengguna perlu memastikan lesen perisian ini digunakan untuk tujuan rasmi sahaja.Sila ikut langkah berikut untuk mendapatkan pakej installasi ini.

  1. Permohonan  boleh dibuat  melalui pautan google form  https://bit.ly/permohonanAntivirus 
  2. Pengguna akan menerima makluman email dari pentadbir antivirus untuk muat turun perisian antivirus Bitdefender.
  3. Panduan pengguna installasi antivirus akan dilampirkan bersama didalam email.
  4. Jika terdapat sebarang masalah boleh hubungi Unit Perkhidmatan Helpdesk di talian 5300/5301 atau email jtmhelpdesk@ppukm.ukm.edu.my

Sekian,terima kasih.