Pemakluman Berkenaan Operasi Perkhidmatan Helpdesk Bersempena Pelepasan Separuh Hari Bagi Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2021

Semua Ketua
Jabatan/Bahagian/Pusat/Unit
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
 

YBhg. Prof/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN BERKENAAN OPERASI PERKHIDMATAN HELPDESK BERSEMPENA PELEPASAN SEPARUH HARI BAGI MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2021

Dengan segala hormatnya surat daripada Jabatan Pendaftar nombor rujukan UKM.PDF.500-5/2/1 bertarikh 10 Mei 2021 adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Kaunter Helpdesk Bahagian Teknologi Maklumat Kampus Kuala Lumpur (BTM KKL) akan beroperasi separuh hari sehingga pukul 1.00 petang sahaja pada 12 Mei 2021. Sehubungan dengan itu, sebarang pertanyaan dan bantuan teknikal selepas dari jam tersebut boleh dibuat terus ke telefon standby kami iaitu 019-2934521 / 019-2912583.

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh YBhg.Prof/Dato’Sri/ Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,


Bahagian Teknologi Maklumat
Kampus Kuala Lumpur