PEMAKLUMAN GANGGUAN TERHADAP OPERASI ICT DI HCTM, PPUKM PADA 11 NOVEMBER 2018

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat perkhidmatan operasi ICT akan dihentikan pada 11 November 2018 (Ahad) selama 5 jam dari 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari berikutan kerja-kerja pemasangan VCB 11KV Voltan Tinggi di Pencawang Elektrik oleh pihak Prasarana Kampus Kuala Lumpur untuk pengagihan bekalan elektrik bagi projek Bangunan Tambahan Blok Pendidikan.

Sehubungan itu, capaian terhadap rangkaian, internet dan semua aplikasi utama serta aplikasi sokongan di HCTM, PPUKM akan mengalami gangguan dalam masa tempoh tersebut.

Sebarang pertanyaan dan bantuan sila hubungi pihak Helpdesk Jabatan Teknologi Maklumat di talian 5300/5301 atau 019-2934521 / 019-2912583.