PEMAKLUMAN UNTUK TIDAK MENGEMASKINI SISTEM PENGOPERASIAN WINDOWS 10 KEPADA WINDOWS 11

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN UNTUK TIDAK MENGEMASKINI WINDOWS 10 KEPADA WINDOWS 11

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

Pihak Bahagian Teknologi Maklumat, Kampus Kuala Lumpur  memohon kepada semua kakitangan HCTM untuk TIDAK MENGEMASKINI Sistem Pengoperasian (OS) komputer peribadi (PC) daripada Windows 10 kepada Windows 11. Ini disebabkan Windows 11 masih belum stabil untuk digunakan dalam persekitaran HCTM. Ia juga bertujuan untuk memastikan semua sistem universiti dan sistem hospital tiada masalah dan dapat berfungsi dengan baik dengan kekal di persekitaran Windows 10 untuk suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Berikut dilampirkan manual pengguna untuk mengekalkan penggunaan Windows 10.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan boleh berhubung di talian hotline perkhidmatan helpdesk 5300/5301 (Talian standby 019-2934521/019-2912583) atau log aduan ke https://aduanit.ppukm.ukm.my/.

Segala kerjasama YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
KAMPUS KUALA LUMPUR