Latar Belakang Program

Program Pengurusan Keselamatan dan Persekitaran Pekerjaan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai prinsip pengurusan keselamatan, kesihatan, dan persekitaran pekerjaan bagi memastikan kesejahteraan pekerja serta pematuhan kepada perundangan dan standard industri. Pelajar didedahkan dengan teori pengurusan risiko, budaya keselamatan, serta amalan terbaik dalam pengendalian bahaya di tempat kerja. Kurikulum program ini dibentuk untuk membangunkan kompetensi profesional melalui gabungan pembelajaran teori, latihan praktikal, dan pengalaman industri bagi melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran dalam pelbagai sektor pekerjaan.

Sarjana Muda Sains Sosial dalam Pengurusan Keselamatan dan Persekitaran Pekerjaan dengan Kepujian

Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran (SEEDS), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor Darul Ehsan

Sepenuh Masa

7 Semester / 3.5 Tahun

  • UPU Online - Arus Perdana
  • UKMShape - Antarabangsa

Saluran Arus Perdana

Saluran UKMi

  • Tempatan: RM39,800
  • Antarabangsa : RM59,920

Tertakluk kepada perubahan semasa

September

Maklumat Lanjut Syarat Kemasukan Struktur Program Ketua Program

Pengenalan kepada Profesional Keselamatan dan Persekitaran Pekerjaan

Teori Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Sistem Pengurusan Keselamatan dan Persekitaran Pekerjaan

Pemantauan, Penilaian dan Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan

Sistem Anatomi dan Fisiologi

Prosedur Keselamatan dan Persekitaran Pekerjaan

Pengurusan Keselamatan Tapak Bina

Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

Kesihatan Pekerjaan dan Higien

Tingkah Laku Risiko Organisasi

Hazard Pekerjaan dan Toksikologi

Pengurusan Penyelenggaraan Peralatan dan Mesin

Instrumentasi Analitikal

Pengurusan Kualiti dan Persekitaran

Pengurusan Keselamatan Kebakaran Bangunan

Ergonomik Pekerjaan

Sinaran dan Radiasi

Pengurusan Keselamatan Luar Pesisir

Penyiasatan Kemalangan Pekerjaan

Forensik Keselamatan Pekerjaan

Proses Keselamatan dan Pencegahan Kerugian

Pengurusan Keselamatan dan Persekitaran Industri

TS. DR. MOHAMMAD LUI BIN JUHARI (Penyelaras Program)
mdlui@ukm.edu.my

Bersedia untuk mencorak masa depan bersama FSSK?

Mohon sekarang!

Permohonan adalah secara dalam talian terbuka kepada calon-calon lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma/Setaraf dan STAM melalui UPU ONLINE

Muat Turun Prospektus 2025/2026

Ketahui secara mendalam latar belakang program-program pengajian peringkat prasiswazah yang ditawarkan di FSSK! Kesemua 12 program pengajian kami mendapat akreditasi penuh MQA

Ikut Resmi Padi

Di FSSK, kami mengutamakan kecemerlangan dari segala aspek. Namun ada perkara yang lebih penting untuk diutamakan.

Pemakluman

Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768

Hubungi Kami