Programme Outcomes (POs)
PO1
Ilmu Kejuruteraan – Kebolehan mengaplikasi pengetahuan matematik, sains, asas kejuruteraan dan pengkhususan kejuruteraan bagi menyelesaikan masalah kejuruteraan elektrik dan elektronik yang kompleks.
Engineering Knowledge – Ability to apply knowledge of mathematics, science, engineering fundamentals and engineering specialisation to solve complex electrical and electronic engineering problems.
PO2
Analisis Masalah – Kebolehan mengenal pasti, merumus, mengkaji literatur dan menganalisis masalah kejuruteraan elektrik dan elektronik yang kompleks bagi mendapatkan kesimpulan berasaskan prinsip-prinsip asas matematik, sains tabii dan sains kejuruteraan.
Problem Analysis – Ability to identify, formulate, research literature and analyse complex electrical and electronic engineering problems to obtain conclusions based on principles of basic mathematics, natural sciences and engineering sciences.
PO3
Reka bentuk/Pembangunan Penyelesaian – Kebolehan mereka bentuk penyelesaian bagi masalah kejuruteraan elektrik dan elektronik yang kompleks dan mereka bentuk sistem, komponen atau proses dengan mengambil kira isu kesihatan dan keselamatan awam, budaya, masyarakat dan alam sekitar.
Design/Development of Solutions – Ability to design solutions for complex electrical and electronic engineering problems and design systems, components or processes with consideration for public health and safety, cultural, societal, and environmental issues.
PO4
Penyiasatan – Kebolehan untuk menjalankan kajian terhadap masalah yang kompleks menggunakan pengetahuan berasaskan penyelidikan, termasuk reka bentuk eksperimen, analisis dan interpretasi data, dan mensintesis maklumat untuk menyediakan kesimpulan yang sahih.
Investigation – Ability to conduct research on complex problems using research-based knowledge, including design of experiments, analysis and interpretation of data, and synthesis of the information to provide valid conclusions.
PO5
Penggunaan Alatan Moden – Kebolehan untuk mencipta, memilih dan menggunakan teknik-teknik yang sesuai, sumber, dan perkakasan kejuruteraan moden dan teknologi maklumat yang sesuai, termasuk peramalan dan permodelan, dalam aktiviti-aktiviti kejuruteraan yang kompleks dengan mengambil kira kekangan-kekangannya.
Modern Tool Usage – Ability to create, select and apply appropriate techniques, resources, and modern engineering tools and appropriate information technology, including prediction and modelling, in complex engineering activities with consideration of the limitations.
PO6
Jurutera dan Masyarakat – Kebolehan mengaplikasi makluman berhujah yang berasaskan kepada pengetahuan berkaitan untuk menilai isu-isu masyarakat, kesihatan, keselamatan, undang-undang dan budaya, dan tanggungjawab yang berbangkit berkaitan dengan amalan kejuruteraan profesional.
The Engineer and Society – Ability to apply reasoning information based on related knowledge to assess societal, health, safety, legal and cultural issues and the consequent responsibilities relevant to professional engineering practice.
PO7
Alam Sekitar dan Kelestarian – Kebolehan untuk memahami kesan penyelesaian kejuruteraan secara profesional terhadap masyarakat dan alam sekitar serta menunjukkan pengetahuan dan keperluan terhadap pembangunan lestari.
Environment and Sustainability – Ability to understand the impact of professional engineering solutions in societal and environmental contexts and demonstrate the knowledge and needs of sustainable development.
PO8
Etika – Kebolehan mengaplikasi dan mematuhi prinsip etika dan tanggungjawab professional yang mengikut norma amalan kejuruteraan yang menyumbang kepada Aspirasi Kebangsaan.
Ethics – Ability to apply and commit to ethical principles and professional responsibilities that follows norms of engineering practice, which contribute to the National Aspirations.
PO9
Komunikasi – Kebolehan berkomunikasi secara berkesan dalam aktiviti kejuruteraan kompleks dengan komuniti kejuruteraan dan masyarakat keseluruhan, seperti keupayaan memahami dan menulis laporan serta mereka bentuk dokumen secara berkesan, melakukan pembentangan yang berkesan, serta memberi dan menerima arahan dengan jelas.
Communication – Ability to communicate effectively on complex engineering activities with the engineering community and society at large, such as being able to comprehend and write reports and design effective documentation, make effective presentations, and give and receive clear instructions.
PO10
Individu dan Kerja Berpasukan – Kebolehan untuk berfungsi secara berkesan sebagai individu dan sebagai ahli atau ketua dalam kumpulan yang pelbagai dan multidisiplin.
Individual and Team Work – Ability to function effectively as an individual and as a member or leader in diverse and multidisciplinary teams.
PO11
Pembelajaran Sepanjang Hayat – Kebolehan mengenalpasti keperluan dan mempunyai persediaan serta keupayaan untuk terlibat dalam pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat dalam konteks perubahan teknologi yang meluas.
Life Long Learning – Ability to recognise the need for and have the preparation and ability to engage in self and life-long learning in the context of broad technological change.
PO12
Pengurusan Projek dan Kewangan – Kebolehan untuk menunjuk pengetahuan dan pemahaman terhadap prinsip-prinsip kejuruteraan dan pengurusan serta mengaplikasikannya terhadap kerja-kerja individu, sebagai ahli atau ketua dalam kumpulan, untuk mengurus projek dalam persekitaran multidisiplin.
Project Management and Finance – Ability to demonstrate knowledge and understanding of engineering and management principles and apply to individual works, as member or leader in team, to manage projects in multidisciplinary environments.