INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Sarjana Pengajian Etnik

No. Rujukan MQA

MQA/SWA0719

No. Siri Sijil

22937

Tarikh Akreditasi

28 Januari 2015

notetaking

Objektif Pendidikan

Program Sarjana Pengajian Etnik adalah bertujuan untuk menghasilkan graduan yang:

  1. Menguasai dan mentafsir ilmu pengajian etnik;
  2. Menghubungkait dan menganalisis permasalahan dalam pengajian etnik dengan kerangka konseptual dan teoretikal terkini;
  3. Menguasai kemahiran analitikal dan metodologi sains sosial untuk membuat sintesis tentang permasalahan etnik;
  4. Menyumbang ilmu dan kepakaran dalam pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar pembangunan di peringkat lokal, nasional, serantau dan global; dan
  5. Mempunyai etika dan keperibadian yang luhur, berbudaya kepimpinan yang tinggi, memiliki ciri-ciri profesionalisme yang tinggi.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program pengajian, graduan seharusnya boleh:

  1. Menunjukkan pengetahuan dan kefahaman lanjutan atau tambahan daripada tahap sarjanamuda dan membangun atau mengguna idea lazimnya dalam konteks penyelidikan kajian etnik;
  2. Menggunakan pengetahuan dan kefahaman bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan bidang pengajian etnik dalam situasi baru dan konteks multidisiplin;
  3. Mengintegrasikan pengetahuan dan mengurus perkara kompleks semasa pengajian;
  4. Membuat penilaian dan keputusan dalam keadaan tanpa atau dengan maklumat terhad, mengambil kira tanggungjawab sosial dan etika yang berkaitan semasa pengajian;
  5. Menyampaikan rumusan, pengetahuan dan rasionalnya kepada pakar dan bukan pakar pengajian etnik dengan jelas; dan
  6. Menguasai kemahiran belajar untuk terus maju dengan autonomi yang tinggi.

Tempoh Pengajian:

Sepenuh masa: dua (2) hingga enam (6) semester

Separuh masa: empat (4) hingga lapan (8) semester

Mod Pengajian:

Mod penyelidikan sahaja

Keperluan Program

Syarat Pengijazahan

  1. Menyempurnakan bilangan kredit
  2. Lulus pemeriksaan tesis dan lisan
  3. Satu (1) makalah yang telah diterbitkan atau telah diterima untuk penerbitan
  4. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti.

Penilaian Kemajuan Penyelidikan

Kemajuan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang program oleh Penyelia dengan laporan sulit tentang kemajuan pelajar disampaikan kepada Jawatankuasa Siswazah KITA oleh Penyelia Utama atau Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan pada setiap semester. Laporan Kemajuan Calon perlu diisi secara atas talian oleh penyelia dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMPWeb) pada minggu ke-17 hingga ke-19.

Pelajar boleh diberikan status “Gagal dan Diberhentikan” sekiranya pelajar memperoleh laporan kemajuan seperti berikut:

  • β€œdengan Ingatan” sebanyak empat (4) kali sepanjang tempoh pengajian; ATAU
  • β€œdengan Amaran” sebanyak dua (2) kali sepanjang tempoh pengajian; ATAU
  • gabungan dua (2) β€œdengan Ingatan” dan satu (1) β€œdengan Amaran” sepanjang tempoh pengajian; ATAU
  • β€œGagal dan Diberhentikan” pada mana-mana semester.

Syarat Kemasukan

1. Kelayakan Minimum

  1. Ijazah Sarjanamuda dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 3.00 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM; ATAU
  2. Ijazah Sarjanamuda dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 2.75 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM dan mempunyai sekurang-kurangnya setahun pengalaman bekerja; ATAU
  3. Ijazah Sarjanamuda dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 2.50 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM dan mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman bekerja

2. Bahasa Melayu

Calon-calon dari luar negara hendaklah mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu. Pengecualian boleh diberikan kepada calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu yang setara anjuran badan lain yang diperakukan oleh Senat dan lulus kursus itu. Dalam kes tertentu, Senat boleh memberikan pengecualian syarat keperluan Bahasa Melayu seperti termaktub dalam Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

3. Bahasa Inggeris

  • Calon luar negara hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris seperti berikut:
    • mendapat keputusan mininum keperluan minimum Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan skor 550; ATAU
    • b) International English Language Testing System (IELTS) dengan Band 6
  • Calon luar negara yang akan menulis tesis dalam Bahasa Melayu boleh dikecualikan daripada dikenakan syarat IELTS atau TOEFL tetapi calon itu hendaklah mengambil Ujian Kecekapan Bahasa Inggeris (UKBI). Sekiranya dia tidak melepasi tahap yang ditetapkan oleh program, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (MKBI) dalam tempoh tidak lewat dari dua (2) semester untuk program sarjana atau tiga (3) semester untuk program kedoktoran dari tarikh pendaftaran masuk ke Universiti.
  • Institut boleh memberi pengecualian kepada syarat keperluan Bahasa Inggeris kepada calon luar negara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau yang memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.