Jab Otorinolaringologi-HNS I Fakulti Perubatan

 Fakulti Perubatan UKM

Bilik Cadaver ENT

Jabatan ORL-HNS telah di tubuhkan semenjak penubuhan Pusat Perubatan UKM, selari dengan perjuangan Pusat Perubatan UKM dalam merawat pesakit serta memberi pendedahan kepada orang oramai kepentingan menjaga Telinga, Hidung dan Tekak.

Sehubungan dengan itu, Jabatan ORL-HNS adalah amat aktif dalam menjalankan kursus kemahiran bagi pelajar sarjana perubatan ORL-HNS dari dalam dan luar Negara. Dilengkapi pula dengan fasiliti makmal yang separa lengkap dan juga kemudahan bilik khas dan peti ais berminus –25 celcius untuk menyimpan cadaver. Penganjuran kursus ini telah menjana pulangan yang baik untuk jabatan dan hospital PPUKM.

Bilik Cadaver ENT dan Peti Ais Cadaver ORL-HNS ditempatkan bersebelahan dengan Kaunter Forensik, di ruangan basemen, bangunan klinikal, PPUKM berkapasiti dengan 4 unit Peti Ais Cadaver dan 2 Unit Chest Freezer..

  1. Memastikan pengurusan cadaver tersusun dan terkawal
  2. Menjaga kualiti cadaver yang di simpan
  3. Meningkatkan lagi serta mengoptimumkan pengunaan ruang di ruangan Peti Ais Jabatan ORl-HNS
  4. Menambahkan pendapatan Jabatan serta Pusat Perubatan UKM

Untuk maklumat lanjut mengenai Bilik Penyimpanan Kadaver ataupun penggunaan ruang, sila hubungi:

En. Muhammad Azhan Bin Ubaidah

 03-9145 7383/7384
zassa_ae@yahoo.com