Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM (Fasa 2)

Permohonan kemasukan ke program prasiswazah bagi sesi akademik 2023/2024 telah dibuka!

Jangan lepaskan peluang untuk melanjutkan pengajian ke program-program hebat bidang sains sosial dan kemanusiaan di FSSK, UKM.

Dibuka 15 Mei 2023 (12.00 tengah hari) | Ditutup 9 Jun 2023 (5.00 petang)

*Program pengajian bertemu duga dan/atau ujian tidak ditawarkan pada fasa ini*

Terbuka kepada calon yang belum membuat/mengemukakan permohonan UPUonline Pada Fasa 1

Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi: https://upu.mohe.gov.my/

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUonline (No. Unik ID BSN) bagi Sesi Akademik 2023/2024

 

#persuratanmelayu

#kesusasteraandankebudayaanmelayu

#pengajianbahasamelayu

#FSSKTerusGemilang #UniversitiWatanKita