PENGURUSAN PERSEKITARAN / ENVIRONMENTAL MANAGEMENT

 

 

PENGENALAN 

Program Pengurusan Persekitaran merupakan sebuah program pascasiswazah bersifat multidisiplin yang merangkumi aspek alam sekitar, sosial dan ekonomi, selaras dengan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Berbeza daripada program berunsur alam sekitar yang bersifat teknikal semata-mata, program ini menekankan komponen pengurusan dan pentadbiran yang menjadi teras dalam membentuk profesional berpengetahuan luas serta berdaya saing dalam bidang pengurusan persekitaran.

Kandungan program merangkumi rangkaian kursus yang seimbang antara teori dan amali, termasuk sains semula jadi, ekonomi alam sekitar, prinsip pengurusan, perundangan dan dasar alam sekitar, sistem pengurusan persekitaran, penilaian impak alam sekitar dan impak sosial, kawalan pencemaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, serta peluang kerja lapangan bagi memperkukuh pengalaman pembelajaran.

Program ini ditawarkan pada peringkat Sarjana Kerja Kursus, Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah, sekaligus menyediakan laluan akademik dan profesional yang fleksibel. Ia amat sesuai untuk lepasan graduan yang ingin menambah kemahiran serta memperluas prospek kerjaya, dan juga bagi individu yang sedang bekerja yang mahu meningkatkan kepakaran profesional mereka untuk menghadapi cabaran pengurusan persekitaran dalam sektor awam, swasta dan industri.

 

 Visi Program Pengurusan Persekitaran

Menjadi peneraju pendidikan pascasiswazah dalam pengurusan persekitaran yang berteraskan pendekatan multidisiplin, keilmuan lestari, dan kepimpinan ke arah kesejahteraan alam sekitar dan masyarakat.

 

Misi Program Pengurusan Persekitaran

Menyediakan pendidikan sarjana yang membentuk profesional pengurusan persekitaran melalui pendekatan multidisiplin yang menyatukan sains, sosial, ekonomi dan tadbir urus lestari.

 

Matlamat Program Pengurusan Persekitaran

Program Pengurusan Persekitaran memberi fokus kepada bidang multidisiplin termasuk bidang Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial yang menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan 2030.

 

Siswazah

Sarjana Pengurusan Persekitaran

Master of Environmental Management

Pengurusan Persekitaran

  • Mod Pengajian: Penyelidikan / Kerja Kursus
    Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa

 

Cara Memohon :

  1. Calon perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui: http://www.ukm.my/join/    &    www.ukm.my/studyukm/phd-social-sciences-humanities/
  2. Pengambilan untuk mod kerja kursus dan mod campuran dibuka dua kali setahun, iaitu setiap Oktober hingga November (untuk pengambilan Februari berikutnya) dan setiap April hingga Mei (untuk pengambilan bulan September).
  3. Permohonan untuk program mod penyelidikan boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun.
  4. Tempoh untuk program Sarjana memerlukan 2 hingga 4 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 4 hingga 8 semester untuk pengajian secara sambilan dan untuk program Doktor Falsafah adalah 6 hingga 12 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 8 hingga 14 semester untuk pengajian secara sambilan.

 

Hubungi:
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel : +603-8921 5145 / 5286
Faks: +603-8925 2836
Emel: shadira@ukm.edu.my
Laman Web : www.ukm.my/fssk