Neon ZapinRobik@UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencipta sejarah melalui program Neon ZapinRobik@UKM yang mengumpulkan seramai 4,351 peserta, sekaligus meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Largest Participation in A Zapin Aerobic Program”.
Pengarah Pusat Hal-Ehwal Pelajar, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni menerima pengiktirafan tersebut daripada pegawai MBOR, En Edwin Yeoh Tiong Chin.
Program ini merupakan anjuran Pusat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pusat kebudayaan dan Pusat Sukan yang menggabungkan tarian tradisional Melayu zapin dengan elemen moden aerorobik serta persembahan visual neon. Acara ini adalah salah satu pengisian sempena Minggu Apresiasi Watan (MAW).
Seramai 30 jurulatih yang terdiri daripada staf dan pelajar mengetuai sesi aerobik tersebut dengan 16 lagu zapin yang berlangsung lebih 30 minit.
Majlis ini turut menyaksikan pelancaran sistem tempahan Pusat Sukan secara dalam talian, yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa mulai Oktober 2025 hingga Mac 2026.
Sistem ini membolehkan penggunaan fasiliti sukan dengan lebih efisien, menjimatkan masa, dan sistematik.

















