Naib Canselor UKM Dilantik Sebagai Ahli International Engineering and Technology Institute (IETI)
Seluruh Warga Pusat Strategi UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor UKM atas pelantikan sebagai ahli International Engineering and Technology Institute (IETI) bagi tahun 2025.
International Engineering and Technology Institute (IETI) merupakan sebuah organisasi akademik global bukan berorientasikan keuntungan yang menghimpunkan ilmuwan, penyelidik dan pemimpin akademik dari pelbagai disiplin dalam bidang sains, kejuruteraan serta teknologi bagi memupuk kolaborasi dan inovasi di peringkat antarabangsa.
Pelantikan beliau sebagai ahli IETI merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan akademik dan kepimpinan Prof. Dato’ Dr. Sufian dalam bidang hubungan antarabangsa, undang-undang ekonomi antarabangsa, serta cabang penyelidikan yang merentasi disiplin. Sebagai ahli IETI, beliau akan menyertai rangkaian global cendekiawan terkemuka dari lebih 100 negara, seterusnya membuka peluang kolaborasi penyelidikan dan perkongsian ilmu bersama komuniti saintifik dunia.


