UKM Melonjak 104 Anak Tangga dalam UI GreenMetric 2026
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus memperlihatkan kejayaan dalam 2026 UI GreenMetric Sustainable University Rankings. Kedudukan UKM meningkat secara konsisten daripada ke-461 dunia pada 2023, ke-319 pada 2024 dan ke-253 pada 2025, sebelum mencapai kedudukan ke-149 dunia pada 2026. Lonjakan sebanyak 104 anak tangga dalam tempoh setahun ini merupakan peningkatan kedudukan tertinggi dalam kalangan universiti di Malaysia.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen kepimpinan universiti dan usaha bersama seluruh warga UKM untuk menerapkan kelestarian dalam pengurusan kampus, pendidikan, penyelidikan serta khidmat kepada masyarakat. Sumbangan fakulti, pusat tanggungjawab, penyelidik, kakitangan dan pelajar telah membantu memperkukuh prestasi UKM secara berterusan.
Selaras dengan hala tuju TEKAD57, UKM akan terus memperluas kerjasama dan memperkukuh pelaksanaan inisiatif kelestarian yang memberi kesan nyata. Peningkatan ini menjadi dorongan untuk kita melangkah lebih jauh dalam membina kampus yang cekap sumber, berdaya tahan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar, sekali gus memperkukuh sumbangan UKM kepada masyarakat dan negara.


